99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Lanjutan Umur Untuk Bersara Langkah Proaktif Tangani Populasi Menua

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Sabtu 14 September 2024

Dasar kerajaan China untuk melanjutkan had umur bersara disifatkan sebagai proaktif dan cekap dalam usaha menangani cabaran populasi menua.

Demikian pendapat yang diutarakan oleh penceramah jemputan pada Meja Bulat Ekonomi China yang dihoskan oleh agensi berita Xinhua.

Pada Jumaat, kerajaan menetapkan bahawa had umur pencen wajib akan dinaikkan secara berperingkat-peringkat iaitu dari 60 tahun ke 63 tahun bagi lelaki dalam tempoh 15 tahun mulai 2025, manakala 55 tahun ke 58 tahun bagi kader wanita, serta 50 tahun ke 55 tahun bagi wanita yang bekerja dalam sektor kolar biru.

Lapor Xinhua, had umur bersara ketika ini telah ditetapkan pada tahun 1950-an dan ia kekal tidak berubah selama lebih tujuh dekad.

Menurut Qi Tao, wakil Kementerian Sumber Manusia dan Keselamatan Sosial, tahun demi tahun, terdapat perubahan besar telah dilihat dalam purata jangka hayat negara, keadaan kesihatan, struktur demografi, tahap pendidikan, dan hubungan antara penawaran dan permintaan buruh.

Beliau berkata, prinsip asas dalam melanjutkan persaraan adalah secara sukarela dengan terdapat kefleksibelan, yang amnya menyasarkan untuk memenuhi kepelbagaian keperluan pekerja.

Dekan Institut Buruh dan Sumber Manusia Universiti Renmin China, Zhao Zhong berkata bahawa dengan menaikkan had umur pencen, ia akan membantu menangani populasi umur bekerja warga China yang semakin berkurangan, serta mengekalkan momentum dan daya hidup pembangunan sosial dan ekonomi.

Difahamkan, susulan keputusan yang dikeluarkan pada Jumaat itu, pekerja akan dibenarkan untuk bersara secara sukarela tidak melebihi daripada tiga tahun lebih awal selepas mencapai tahun minimum caruman pencen.

Video

Berita Berkaitan