- Lain-lain
CIFTIS 2024: Penghantaran Tanpa Pemandu Curi Tumpuan
(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Khamis 12 September 2024
Kenderaan penghantaran tanpa pemandu oleh syarikat ZTO Express. (People’s Daily Online/Yang Chunyan) |
Pameran Antarabangsa China untuk Perdagangan Perkhidmatan (CIFTIS) 2024 secara rasminya membuka tirainya pada hari ini di Pusat Konvensyen dan Pameran Shougang dan dijadualkan berlangsung sehingga 16 September.
Dengan bertemakan ‘perkhidmatan global untuk manfaat bersama’, pameran itu edisi ke-10 itu mempamerkan pelbagai jenis produk baharu buat para pengunjung.
Pada kali ini, dewan pameran rantaian bekalan dan perkhidmatan perniagaan telah membawa kenderaan penghantaran tanpa pemandu sebagai tatapan, sekali gus mencuri tumpuan ramai pelawat untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.
Kenderaan penghantaran tanpa pemandu oleh syarikat STO Express. (People’s Daily Online/Yang Chunyan) |
Kenderaan penghantaran tanpa pemandu oleh syarikat Meituan Express. (People’s Daily Online/Yang Chunyan) |
Kenderaan penghantaran tanpa pemandu oleh syarikat SF Express. (People’s Daily Online/Yang Chunyan) |
Petugas dari Syarikat SF Express sedang memperincikan tentang kenderaan penghantaran tanpa pemandu. (People’s Daily Online/Yang Chunyan) |
Perkenalan Ringkas Akhbar Renminribao China | Kenali People.cn
Hak cipta terpelihara ? People.cn
Penggunaan tanpa izin pencipta adalah dilarang