99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Usaha Pewarisan dan Promosi Beri Sinar Buat Seni Pertahan Diri Wing Chun

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Rabu 11 September 2024

Perlawanan akhir Pertandingan Wing Chun Shaolin Selatan Dunia Pertama baru-baru ini berakhir di bandar Fuqing, sebuah bandar peringkat daerah di Fuzhou, Provinsi Fujian tenggara China. Hampir 1,000 pengamal Wing Chun mengambil bahagian dalam acara tersebut.

Pertandingan yang bermula pada April 2024 itu menyaksikan 170 peserta berjaya ke peringkat akhir dunia setelah melalui dua pusingan pertandingan.

Seorang lelaki berlatih Wing Chun. (Gambar ihsan penganjur pertandingan)

Seorang lelaki berlatih Wing Chun. (Gambar ihsan penganjur pertandingan)

Dalam tempoh lebih empat bulan, seramai 36 individu muncul sebagai juara, dengan 15 daripadanya berasal dari zon luar negara.

Wing Chun, seni mempertahankan diri yang popular di seluruh dunia yang diamalkan di lebih 70 negara, merupakan simbol terkenal Kung Fu Cina.

Lebih 300 tahun lalu, Zhu Hongmei, keturunan keluarga diraja Ming, melarikan diri ke Fujian. Pengalaman dan semangat jitunya semasa melarikan diri yang mengharungi derita sebagai seorang pelarian telah memberi pengaruh besar kepadanya.

Diilhamkan oleh seorang Master dari kuil di Fuzhou, Zhu yang berlatih di kawasan berhampiran akhirnya dikenali sebagai Master Ng Mui.

Zhu, yang telah mempelajari seni mempertahankan diri sejak kecil selain turut mempelajari Perubatan Tradisional Cina di bawah pakar perubatan imperial. Selepas mengambil sumpah biarawan, dia menggunakan kemahiran perubatannya untuk membantu ramai orang dan menggabungkan pemahamannya tentang agama Buddha dengan seni mempertahankan diri untuk mencipta kemahiran tempur praktikal yang dinamakan Wing Chun.

Wing Chun pada mulanya diajar kepada pelajar perempuan. Murid-murid perempuan, yang sebahagian daripada mereka meninggalkan kampung halaman mereka untuk bekerja atau berkahwin, menyebarkan amalan Wing Chun jauh dan luas, memastikan warisannya untuk generasi akan datang.

Dua lelaki sedang berlatih Wing Chun. (Gambar ihsan penganjur pertandingan)

Dua lelaki sedang berlatih Wing Chun. (Gambar ihsan penganjur pertandingan)

Wing Chun terkenal dengan penggunaan struktur tubuh manusia secara pintar dan prinsip asas mekanik.

Menurut Zheng Zujie, pewaris Wing Chun, penggunaan ruang dan tenaga yang baik membolehkan pengamal menjana kuasa daripada kekuatan yang dipinjam, seterusnya mengatasi lawan yang lebih kuat dengan kehalusan, serta mempamerkan ciri-ciri seperti kepantasan, ketepatan dan ketangkasan.

Pada 2014, Wing Chun di Fujian telah disenaraikan sebagai warisan budaya tidak ketara peringkat kebangsaan di China.

Di luar arena pertandingan, Wing Chun telah menjadi bahasa universal yang merentasi sempadan. (People’s Daily Online/Lin Ying)

Di luar arena pertandingan, Wing Chun telah menjadi bahasa universal yang merentasi sempadan. (People’s Daily Online/Lin Ying)

Jelas Zheng, setiap gerakan dan teknik Wing Chun merangkumi pemahaman yang mendalam tentang kekuatan, kemahiran, kebijaksanaan, dan keberanian yang diwarisi oleh nenek moyang seni mempertahankan diri.

Wing Chun telah menjadi jambatan untuk komunikasi, dan pelbagai pertandingan menyediakan platform untuk peminat dari pelbagai negara untuk mempamerkan daya tarikan masing-masing serta turut sama terlibat dalam pertukaran mesra.

Zheng menyifatkan perkembangan terkini Wing Chun sebagai "Bunga mekar di luar dinding," iaitu metafora yang menunjukkan populariti Wing Chun di luar negara.

Malah, apa yang dimaksudkan oleh dia turut boleh dilihat semasa pertandingan akhir yang penuh meriah dan harmoni.

Individu dari kumpulan umur berbeza mengamalkan Wing Chun. (People’s Daily Online/Lin Ying)

Individu dari kumpulan umur berbeza mengamalkan Wing Chun. (People’s Daily Online/Lin Ying)

Selain menghubungkan manusia merentasi sempadan, Wing Chun juga merupakan jambatan kepada perbezaan kumpulan umur.

Kejohanan ini terdiri daripada tiga kumpulan umur dari bawah 16 tahun hingga lebih 40, sekali gus menunjukkan bahawa amalan seni mempertahankan diri tidak terhad mengikut umur.

"Transformasi anak perempuan saya selepas mempelajari Wing Chun adalah luar biasa. Dia menjadi lebih bersemangat dan bertenaga. Saya telah berkongsi banyak cerita tentang sejarah Wing Chun, dan kami tidak sabar untuk melawat ke tempat kelahirannya bagi mengalami pengalaman secara langsung," kata Zhang Chunxi dari Beijing, bapa kepada seorang kanak-kanak perempuan yang menyertai Pertandingan Wing Chun Shaolin Selatan Dunia Pertama.

Ketika ini, sejumlah besar peminat muda Wing Chun percaya bahawa dengan mempraktikkan seni mempertahan diri tersebut, ia adalah cara terbaik untuk memelihara dan mempromosikan khazanah budaya tidak ketara itu.

"Anda hanya boleh benar-benar menghargai kelebihan sesuatu budaya itu dengan menyelaminya sendiri," kata seorang peserta.

Video

Berita Berkaitan