99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Lebih 300 Tapak Peninggalan Budaya Ditemukan di Xizang

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Khamis 05 September 2024
Lebih 300 Tapak Peninggalan Budaya Ditemukan di Xizang
Antelop Tibet sedang meragut rumput di Rizab alam semula jadi negara Serling Tso di Bandar Nagqu, Wilayah Autonomi Xizang barat daya China, 26 Ogos 2024. (Xinhua/Zhang Rufeng)

Biro relik budaya serantau memaklumkan bahawa lebih 300 tapak peninggalan budaya telah ditemukan di Wilayah Autonomi Xizang, barat daya China semasa tinjauan arkeologi yang sedang dijalankan di kawasan 4,500 meter di atas paras laut.

Memetik laporan agensi berita Xinhua, penemuan itu terdiri daripada zaman purba hingga moden dan termasuk pelbagai jenis peninggalan budaya, seperti makam, seni bina purba, kediaman, lukisan batu dan alat batu.

Dawa, ketua pasukan tinjauan di Nagqu memberitahu bahawa pasukannya melakukan lawatan lapangan, menemu bual penduduk tempatan dan menyemak dokumen sejarah untuk mengenal pasti peninggalan tersebut.

“Walaupun terdapat cabaran yang berlaku berikutan lokasi terpencil, rupa bumi yang kompleks dan komunikasi yang lemah, kami berjaya mencapai kemajuan yang ketara,” katanya.

Difahamkan, terdapat 107 pasukan tinjauan yang merangkumi sejumlah 1,037 ahli yang mengambil bahagian dalam tinjauan peninggalan di seluruh Xizang, dengan kerja lapangan sedang dijalankan di 11 daripada 16 daerah di rantau itu yang terletak pada ketinggian melebihi 4,500 meter.

Video

Berita Berkaitan