99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Busana Guizhou Bawa Kelainan ke Acara Motosikal Terkemuka Asia

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Jumaat 23 Ogos 2024

Kejuaraan Motosikal Asia bukan lagi sekadar acara pertandingan sukan, selepas diserikan dengan peragaan busana tradisional Guizhou yang paling mempesona.

Pada 17 Ogos, beberapa orang gadis payung berkostum etnik Miao tampil pada perasmian Kejuaraan Superbike Malaysia (MSBK) yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang, mencuri perhatian penonton dengan peragaan busana mereka yang mengagumkan.

MSBK adalah salah satu acara motosikal terkemuka di Asia, yang menarik penyertaan ramai penunggang dan pasukan sejak dahulu lagi. Tahap persaingan dan prestij MSBK telah memberikannya reputasi yang tinggi dalam bidang motosikal kompetitif antarabangsa, menjadikannya tumpuan peminat sukan motosikal. Dalam pertandingan hari itu, 13 pasukan dan 33 pemandu terbaik dari seluruh dunia bersaing dalam kategori yang sama.

Pelumba dari Guizhou, Luo Ganfeng bersaing mewakili China Yinji Racing Team. Ini kali pertama beliau menyertai pertandingan antarabangsa berprofil tinggi. Untuk menjadikan penampilan sulungnya dalam pertandingan itu unik, dan mempromosikan budaya etnik dari kampung halamannya, Luo terfikir untuk membawa budaya etnik minoriti yang berwarna-warni dari Guizhou ke arena antarabangsa untuk diperagakan di hadapan penonton di seluruh dunia.

Mengikut kebiasaan acara perlumbaan antarabangsa, setiap pelumba akan ditemani gadis payung sebelum perlumbaan. Pada hari yang sama, Luo Qianfeng memegang bendera "Selamat Datang ke Guizhou" dan tampil di perarakan praperlumbaan bersama gadis payung yang memakai kostum etnik Miao dari Guizhou. Penampilannya disahut dengan sorakan gemuruh.

Luo turut beraksi cemerlang dalam pertandingan, merebut tempat kesembilan dalam Kumpulan Rookie Antarabangsa, sekali gus mencatat rekod baharu untuk pusingan terpantasnya di Litar Sepang.

“Melalui wadah unik perlumbaan motosikal, kita telah berjaya mempromosikan sumber budaya dan pelancongan negara di persada antarabangsa,” ujar Luo, yang turut menyifatkan konsep ini sebagai satu percubaan inovatif dan juga batu tanda baharu.

“Pada masa depan, kita akan terus meneroka lebih banyak peluang untuk menjalin kerjasama rentas sempadan dan menyerlahkan daya tarikan unik serta potensi tak terhingga yang kita miliki kepada dunia, dengan sikap yang lebih terbuka.

Zhang Jiexin, pengarah Pusat Kebudayaan China di Kuala Lumpur, melahirkan harapan agar Pasukan Yinji Racing dapat menarik lebih ramai pemandu China untuk menjejakkan kaki di Litar Sepang bagi menyertai acara antarabangsa ini. Beliau turut mengalu-alukan rakan-rakan dari Malaysia untuk mengunjungi China dan Guizhou.

Video

Berita Berkaitan