- Lain-lain
Air China Lengkapkan Ujian C919, Lebih Banyak Penerbangan Komersial Dijangka Menyusul
Model pesawat C919 dan ARJ21 dipamerkan di reruai pemaju pesawat Syarikat Pesawat Komersial China (COMAC) semasa Pameran Udara Antarabangsa Farnborough di Britain pada 22 Julai 2024. Pameran Udara Antarabangsa Farnborough melabuhkan tirainya pada 26 Julai. (Foto Xinhua)
Tiga syarikat penerbangan domestik utama China kini semakin hampir untuk operasi komersial pesawat C919 selepas Air China berjaya melengkapkan ujian percubaan yang pertama untuk pesawat model itu, lapor agensi berita Global Times.
Difahamkan, pesawat C919 telah mendapat respon positif daripada Agensi Keselamatan Penerbangan Kesatuan Eropah (EASA) dan pemerhati pasaran menjangkakan ia akan membantu pesawat itu untuk membuka pintu lebih luas terhadap pasaran Eropah dan pengguna antarabangsa.
Untuk rekod, pesawat penumpang C919 yang pertama Air China melakukan penerbangan ujian pertama pada Jumaat, dan syarikat penerbangan itu dijadualkan untuk menerima baki pesawat menjelang penghujung Ogos.
Terdahulu, Air China memperkenalkan susun atur kabinnya yang mempunyai 158 tempat duduk dengan lapan daripadanya di kelas pertama dan selebihnya di kelas ekonomi.
Pada April, syarikat penerbangan itu juga telah membuat tempahan sebanyak 100 unit C919 dengan jadual penghantaran akan dibuat di antara 2024 hingga 2031.
Pemerhati pasaran itu, Qi Qi memberitahu Global Times bahawa kejayaan penerbangan ujian Air China itu jelas mempamerkan kepercayaan yang semakin meninggi terhadap C919 dalam kalangan syarikat penerbangan.
Menurut beliau, dengan penambahan perkhidmatan komersial dan jumlah penerbangan, ia juga akan menyuntik keyakinan dari pengguna untuk menempah lebih banyak pesawat selain menambah jumlah bakal pelanggan.
- Jambatan Wanning: Tulang Belakang Paksi Tengah Beijing
- Melancong ke China: Bagaimana Pelancong Asing Melihat China
- Jalan Sutera Budaya | Menang-menang: Kisah Malaysia
- Bagaimana Warga Malaysia dan Indonesia Melihat China?
- Menara Suria Garam Lebur Serlahkan Industri Tenaga Hijau Xinjiang yang Pesat Berkembang di Hami
- Pesawat ARJ21, C919 China Debut di Malaysia
- Pesawat Komersial Buatan China C919 Buat Penerbangan Demo di Asia Tenggara
- Tinjauan pendapat anjuran CGTN mengenai ekonomi China II--Peningkatan Kualiti Ekonomi China Berkat Inovasi
- C919, ARJ21 Buat Debut di Pertunjukan Udara Singapura
- C919 Bakal Debut di Pertunjukan Udara Singapura
- C919 Lancar Laluan Penerbangan Komersial Kedua
- China Eastern Terima Pesawat C919 Keempat
- Pesawat C919 Buat Demonstrasi di Ruang Udara Hong Kong
- Pelbagai Pesawat Buatan China Adakan Demonstrasi di Xinjiang
- C919 Terima Tempahan Menggalakkan