- Lain-lain
220 Kereta Api Antara Mod Rel-laut Direkod Bawa Mineral Bukan Ferus di Tianjin
Sekeping foto yang diambil menggunakan dron pada 2 Februari 2024 memaparkan terminal kontena antarabangsa di Pelabuhan Tianjin di utara China. Terletak di pesisir pantai Laut Bohai, Pelabuhan Tianjin merupakan pusat perkapalan utama di utara China. (Xinhua/Zhao Zishuo)
Kumpulan Kereta Api China Beijing melaporkan bahawa pihaknya telah menghantar 2.76 juta tan mineral bukan ferus menggunakan 220 kereta api antara mod rel-laut di Tianjin, bandar di timur China dari Januari hingga Julai lalu, iaitu kenaikan sebanyak 65.6 peratus dari tahun ke tahun.
Terletak di pesisir pantai Laut Bohai, Tianjin kini sedang membina hab strategik di utara China untuk membantu dwi kitaran pasaran antarabangsa dan tempatan.
Memetik laporan Xinhua, sejak awal tahun ini, Kumpulan Kereta Api China Beijing dan Kumpulan Pelabuhan Tianjin telah membuat lawatan khas ke banyak perusahaan mineral bukan ferus, dan menyesuaikan penyelesaian individu yang melibatkan kereta api antara mod rel-laut kepada setiap perusahaan.
Antara lain yang disediakan oleh syarikat itu kepada perusahaan lain adalah kadar pengangkutan kereta api keutamaan, dan diselaraskan dengan pelabuhan agar dasar keutamaan dapat dilaksanakan seperti mengurangkan pelbagai bayaran pelabuhan dan melanjutkan tempoh penyimpanan percuma bagi mengurangkan kos logistik komprehensif untuk perusahaan.
Buat masa ini, kereta api antara mod rel-laut boleh menghantar mineral dari Pelabuhan Tianjin ke Wilayah Autonomi Mongolia Dalam, dan Wilayah Autonomi Hui Ningxia dalam masa dua hari sahaja.
- Jambatan Wanning: Tulang Belakang Paksi Tengah Beijing
- Melancong ke China: Bagaimana Pelancong Asing Melihat China
- Jalan Sutera Budaya | Menang-menang: Kisah Malaysia
- Bagaimana Warga Malaysia dan Indonesia Melihat China?
- Menara Suria Garam Lebur Serlahkan Industri Tenaga Hijau Xinjiang yang Pesat Berkembang di Hami