99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Duta Besar China ke AS: Jom Melancong ke China Tanpa Ragu-ragu

(CRI)Selasa 06 Ogos 2024

Duta Besar China ke Amerika Syarikat (AS), Xie Feng dalam satu temu bual eksklusif bersama akhbar Newsweek AS mutakhir ini telah menghuraikan arahan dan panduan yang ditetapkan dalam Sidang Pleno ketiga Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) penggal ke-20.

Xie berkata, China terus menambah senarai negara asing yang boleh menikmati dasar pengecualian visa sejak akhir-akhir ini, misalnya menyediakan layanan transit tanpa visa di China selama 72 jam atau 144 jam kepada pemegang pasport dari sebanyak 54 negara termasuk Amerika Syarikat (AS). Ramai pelancong asing turut mengambil kesempatan ini untuk mendekati dan mengenali China.

Untuk rekod, bilangan pengembara asing yang memasuki negara China meningkat 152.7 peratus tahun ke tahun, dengan mencecah 14.635 juta orang dalam tempoh separuh pertama tahun ini, antaranya jumlah pengembara tanpa visa meningkat sebanyak 190 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas.

Xie menyatakan, pihak China telah memperkenalkan sejumlah pendekatan bagi memudahkan warga AS dari pelbagai lapisan masyarakat mengadakan pertukaran, melanjutkan pembelajaran, bekerja atau menghuni di China.

"Menurut satu keputusan yang dibuat dalam Sidang Pleno ketiga Jawatankuasa Pusat PKC penggal ke-20, sebahagian sistem yang terkait dengan hidup mudah untuk pemastautin dari luar negara, seperti sistem perumahan, rawatan dan perubatan, serta pembayaran akan terus ditambah baik," ujar Xie.

Beliau memaklumkan bahawa pada fasa selanjutnya, China akan terus mengoptimumkan langkah-langkah untuk mempermudah pertukaran keanggotaan supaya membolehkan pemastautin asing merasa lebih mudah dan selesa ketika mengembara di negara Tembok Besar ini.

"Jom! Melancong ke China tanpa ragu-ragu dan selamat datang ke negara ini pada bila-bila masa yang diingini. Anda pasti boleh mendapat pengalaman yang berbaloi melalui pengembaraan yang memukau di negara oriental ini!" tambah duta besar China itu.

Video

Berita Berkaitan