99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

China Ambil 7 Ribu Guru Bersara Untuk Berkhidmat di Luar Bandar

Kementerian Pendidikan China dalam satu kenyataan baru-baru ini memaklumkan akan mengambil 7,000 guru bersara untuk berkhidmat di kawasan kurang membangun pada tahun ini.

Difahamkan, inisiatif pengambilan tersebut merupakan sebahagian daripada pelan tindakan yang dilancarkan kerajaan pada 2018 untuk meningkatkan kualiti pendidikan luar bandar, iaitu dengan mengambil guru bersara untuk berkhidmat di kawasan luar bandar.

Memetik kenyataan itu lagi, inisiatif tersebut secara amnya akan melibatkan guru besar, guru berpengalaman, dan tenaga pengajar penyelidikan bersara yang berumur sehingga 65 tahun.

Tenaga pengajar profesional yang diambil menerusi inisiatif itu akan berkhidmat di sekolah-sekolah dalam kaunti, pekan dan kawasan luar bandar di komuniti etnik minoriti, selain di kawasan sempadan, terpencil serta tempat-tempat yang kekurangan sumber pendidikan.

Menurut kementerian itu, lebih daripada 20,000 guru bersara sekolah rendah dan menengah telah direkrut setakat November 2023 di bawah pelan tindakan tersebut.

Video

Berita Berkaitan