99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Olimpik Paris: Pemain Tenis China Hadiah Rekod Baharu Buat Negara

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Jumaat 02 Ogos 2024

Aksi pemain tenis China, Zheng Qinwen semasa pusingan separuh akhir perseorangan wanita menentang Iga Swiatek dari Poland di Olimpik Paris pada 1 Ogos 2024. (Xinhua/Gao Jing)

Aksi pemain tenis China, Zheng Qinwen semasa pusingan separuh akhir perseorangan wanita menentang Iga Swiatek dari Poland di Olimpik Paris pada 1 Ogos 2024. (Xinhua/Gao Jing)

Pemain tenis China, Zheng Qinwen berjaya menundukkan pemain nombor satu dunia dari Poland, Iga Swiatek untuk mara ke peringkat akhir, manakala dua rakan seperjuangannya iaitu Wang Xinyu dan Zhang Zhizhen turut mencipta sejarah apabila berjaya melangkah ke peringkat akhir dalam kategori beregu campuran pada Khamis.

Kesemua kemenangan tersebut merupakan keputusan terbaik yang pernah dicatat China di Sukan Olimpik selepas juara Grand Salam dua kali, Li Na mendapat tempat keempat pada Olimpik Beijing 2008.

Zheng ketika diwawancara memberitahu bahawa beliau akan memberikan yang terbaik pada pusingan akhir menentang pemain dari Croatia, Donna Vekic pada Sabtu.

Foto pemain tenis China, Wang Xinyu (kiri)/Zhang Zhizhen (kanan) sedang berehat semasa pusingan separuh akhir kategori beregu campuran di Olimpik Paris, pada 1 Ogos 2024. (Xinhua/Wan Xiang)

Foto pemain tenis China, Wang Xinyu (kiri)/Zhang Zhizhen (kanan) sedang berehat semasa pusingan separuh akhir kategori beregu campuran di Olimpik Paris, pada 1 Ogos 2024. (Xinhua/Wan Xiang)

Sementera itu, pasangan beregu China, Wang dan Zhang pula berhempas pulas mengalahkan Demi Schuurs dan Wesley Koolhof dari Belanda 2-6, 6-4, 10-4 pusingan separuh akhir kategori beregu campuran.

Kedua-dua meraka akan menentang pasangan dari Republik Czech iaitu Katerina Siniakova dan Tomas Machac pada pusingan akhir hari ini.

Video

Berita Berkaitan