99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

China Sumbang Dana kepada UNRWA, Tingkat Bantuan ke Gaza

(CRI)Jumaat 02 Ogos 2024

Perwakilan China di Palestin menandatangani perjanjian untuk menyumbangkan sejumlah dana kepada Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) di Timur Dekat pada Khamis.

Ketua Perwakilan China di Palestin, Zeng Jixin dalam majlis penandatanganan itu berkata, China sentiasa memberikan sokongan kepada UNRWA sementara menyeru masyarakat antarabangsa menyokong agensi itu melaksanakan misinya.

"Sumbangan wang derma oleh China kali ini adalah untuk menyokong UNRWA meningkatkan bantuan kemanusiaan kecemasan ke Gaza," kata Zeng.

Beliau menegaskan bahawa China akan terus bekerjasama dengan masyarakat antarabangsa untuk menamatkan peperangan di Gaza, selain berusaha untuk mengurangkan bencana kemanusiaan dan melaksanakan "penyelesaian dua negara".

Timbalan Pesuruhjaya UNRWA, de Mayo menzahirkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada China atas sokongannya kepada kerja agensi itu selama ini.

Beliau menyifatkan wang derma dari China sebagai amat penting, di samping melahirkan kesediaan untuk mengukuhkan kerjasama dengan China demi mengurangkan krisis kemanusiaan di Gaza.

Video

Berita Berkaitan