99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Utusan Khas Xi Hadiri Majlis Angkat Sumpah Presiden Mauritania

(CRI)Jumaat 02 Ogos 2024

Utusan khas Presiden China Xi Jinping, yang juga Naib Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) Wang Guangqian, atas undangan Mohamed Ould Cheikh Ghazouani sebagai Presiden Republik Islam Mauritania yang baharu, telah menghadiri majlis angkat sumpahnya pada Khamis lalu.

Dalam pertemuan dengan Ghazouani, Wang telah menyampaikan salam mesra dan restu daripada Presiden Xi kepada Presiden Mauritania baharu itu.

Wang menyatakan bahawa China mementingkan hubungan dengan Mauritania, bersedia berusaha bersama dengan Mauritania memupuk rasa saling percaya dalam bidang politik, bertindak pantas melakukan kerjasama, dan mengeratkan pertukaran dan lawatan sosiobudaya supaya dapat meneroka masa depan yang lebih baik untuk perkembangan hubungan dua hala.

Ghazouani pula menyatakan bahawa pihak Mauritania amat menghargai persahabatan tradisional kedua-dua negara, bersedia memperdalam pertukaran dan kerjasama dengan China dalam pelbagai bidang, dan mendorong hubungan dua hala berkembang ke tahap lebih tinggi.

Video

Berita Berkaitan