99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

China Akan Laksana Langkah Untuk Pertumbuhan Perdagangan Asing

China akan melaksanakan beberapa siri langkah pada separuh kedua 2024 untuk mengekalkan dan meningkatkan trajektori perdagangan asing yang positif.

Difahamkan, langkah-langkah tersebut adalah termasuk membina rangka kerja yang kondusif untuk mengembangkan perdagangan barangan perantaraan, mempermudah import peralatan teknologi maju dan kompenen utama, serta membantu pertumbuhan format perniagaan baharu seperti e-dagang rentas sempadan dan operasi gudang luar negara.

Pengarah jabatan statistik dan analisis Pentadbiran Am Kastam China (GAC), Lyu Daliang dalam satu sidang media pada Selasa berkata bahawa inisiatif tersebut bertujuan untuk memantapkan daya saing perdagangan global China, selain menjamin kestabilan dan pertumbuhan jangka panjang.

Menurut beliau, meskipun mengalami cabaran seperti agenda berat sebelah dan gangguan dalam rantaian bekalan global, perdagangan asing China akan menyaksikan pertumbuhan stabil pada fasa seterusnya berikutan terdapatnya sokongan daripada kelebihan pasaran tempatan yang luas dan sistem perindustrian yang lengkap, serta beberapa dasar lain yang dilaksanakan untuk menstabilkan eksport.

Lyu berkata, pengeksport China berjaya merangsang momentum baharu dalam perdagangan asing pada separuh pertama tahun ini susulan terdapatnya dorongan penambahbaikan marginal dalam permintaan luar dan inovasi teknologi masing-masing.

Jelasnya, ia secara tidak langsung menyediakan produk berkualiti tinggi dan inovatif kepada dunia.

Memetik statistik yang dikeluarkan kastam, China telah mencipta rekod baharu pada separuh pertama 2024, dengan pelaburan asing mencapai RMB21.17 trilion (RM13.49 trilion), iaitu peningkatan 6.1 peratus dari tahun ke tahun, sementara eksport pula melonjak 6.9 peratus secara tahunan kepada RMB12.13 triliion.

Profesor Pusat Pengajian Ekonomi Universiti Renmin di Beijing, Wang Xiaosong berkata bahawa kitaran menaik global dalam teknologi dan transformasi hijau akan terus memberi manfaat kepada pengeksport barangan China seperti semikonduktor, produk elektrik dan mekanikal, kapal serta kenderaan elektrik, sekali gus mewujudkan potensi pertumbuhan berstruktur untuk eksport China pada separuh kedua 2024.

Ujarnya, peralihan di negara-negara maju daripada perbelanjaan perkhidmatan kepada peningkatan permintaan untuk barangan juga akan memacu eksport China pada tahun ini.

Naib Menteri GAC, Zhao Zenglian berkata bahawa inovasi akan mendorong keyakinan pengilang China secara efektif, dan pembangunan berkualiti tinggi China pula akan membolehkan rakan dagang global berkongsi peluang dalam pasaran yang luas.

Beliau yang menyangkal naratif ‘kapasiti berlebihan’ oleh sesetengah negara Barat menyatakan bahawa produk tenaga baharu China tidak dihasilkan secara berlebihan. Sebaliknya, syarikat China sedang menyediakan produk hijau berintensif teknologi kepada banyak tempat di dunia, sekali gus memberikan sumbangan signifikan terhadap usaha global dalam melawan perubahan iklim.

Video

Berita Berkaitan