99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

China Miliki 378 Ribu Paten AI, Meningkat Pesat Berbanding Purata Global

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Selasa 30 Julai 2024
China Miliki 378 Ribu Paten AI, Meningkat Pesat Berbanding Purata Global
(Foto/Xinhua)

Jumlah paten ciptaan kecerdasan buatan (AI) yang berkesan di China telah mencapai 378,000 pada penghujung 2023, sekali gus menyaksikan kadar pertumbuhan dari tahun ke tahun sebanyak lebih 40 peratus.

Menurut Pentadbiran Harta Intelek Kebangsaan China (CNIPA) dalam satu sidang media di Beijing pada Isnin, kadar pertumbuhan di China adalah 1.4 kali ganda lebih tinggi berbanding purata global.

Industri AI mencerminkan daya inovasi teguh ekonomi digital China apabila industri teras ekonomi digital pada tahun lalu berjaya menyumbang 10 peratus daripada KDNK.

Pegawai kanan CNIPA, Ge Shu berkata bahawa jumlah paten ciptaan yang diluluskan di industri ekonomi digital teras China pada 2023 telah mencapai 406,000, iaitu menyumbang kepada 45 peratus daripada jumlah keseluruhan paten ciptaan yang diluluskan di China.

“Selain itu, kadar pertumbuhan tahunan secara puratanya untuk lima tahun kebelakangan ini kekal pada 21 peratus,” katanya sambil berkongsi bahawa inovasi teknologi sedang berkembang maju dalam bidang ekonomi digital.

Tambah Ge, pada akhir 2023, sejumlah 155,000 syarikat tempatan telah mendapat paten ciptaan berkait dengan ekonomi digital, iaitu kenaikan sebanyak 31,000 berbanding tahun terdahulu.

Pada masa sama, syarikat asing turut tidak ketinggalan untuk memperkuat portfolio paten masing-masing dalam industri teras ekonomi digital China.

Jelas Ge, pada penghujung tahun lalu, sejumlah 93 negara dan wilayah memegang paten ciptaan yang sah dalam industri tersebut di China, dengan sektor pembuatan produk digital menyumbang sebanyak 61.8 peratus.

Video

Berita Berkaitan