99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Xi Tekankan Arah Terbuka, Kerjasama dalam Pertemuan dengan PM Itali

(CRI)Selasa 30 Julai 2024
Xi Tekankan Arah Terbuka, Kerjasama dalam Pertemuan dengan PM Itali

China dan Itali harus menekankan arah yang terbuka dan kerjasama, dengan memanfaatkan kelebihan milik masing-masing yang boleh saling melengkapi dalam bidang perindustrian serta peluang yang wujud antara satu sama lain.

Demikian dikatakan Presiden China, Xi Jinping ketika ditemui Perdana Menteri Itali, Giorgia Meloni di Beijing pada Isnin.

Xi menegaskan, perkembangan hubungan China-Itali yang sihat dan stabil selari dengan kepentingan bersama. Kedua-dua pihak harus mengekalkan tradisi pertukaran dan persahabatan, memahami dan menghormati pendekatan masing-masing dalam memacu pembangunan.

"China bersedia berusaha dengan Itali untuk menggalakkan dan mengoptimumkan kerjasama tradisional dalam bidang pelaburan, ekonomi dan perdagangan, pembuatan perindustrian, inovasi sains dan teknologi dan pasaran pihak ketiga serta meneroka kerjasama dalam ekonomi baru muncul seperti kenderaan elektrik dan kecerdasan buatan.

"China mengalu-alukan pelaburan dari syarikat Itali, bersedia untuk mengimport lebih banyak produk berkualiti dari Itali, dan berharap Itali juga membantu pelabur China memanfaatkan ekosistem perniagaan yang adil, telus, selamat dan tanpa diskriminasi di negaranya,” kata Xi.

Meloni pula berkata, pihaknya berpegang kepada dasar satu-China dan berharap menambah dialog dengan China dan memperkasa kerjasama dua hala dalam pelbagai bidang.

"Itali menentang 'mencantas hubungan' dan amalan perlindungan perdagangan, sebaliknya bersedia memainkan peranan positif dalam mempererat hubungan EU-China," katanya.

Video

Berita Berkaitan