99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Pesawat Penumpang Baharu Hubungkan Chendu dan Milan

(CRI)Selasa 30 Julai 2024

Satu laluan penerbangan udara yang menghubungkan Chengdu, ibu kota Provinsi Sichuan di barat daya China ke Milan, Itali secara terus telah dilancarkan hari ini.

Menurut pihak pengendali, sebuah pesawat yang membawa 279 penumpang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Chengdu Tianfu pada pukul 1.50 pagi tadi, dan dijadual tiba di Milan pada pukul 7.30 pagi waktu tempatan.

Difahamkan, perkhidmatan tersebut akan beroperasi pada setiap Isnin, Rabu dan Jumaat, yang dikendalikan oleh Air China cawangan barat daya China. Manakala, penerbangan pula akan berlepas dari Milan pada pukul 12.45 tengah hari (waktu tempatan), dengan jumlah durasi penerbangan hampir mencecah 12 jam.

Untuk rekod, Chendu telah mewujudkan rangkaian utama laluan penumpang antara benua ke Eropah, Amerika Utara, Oceania dan Afrika, selain turut meliputi hampir semua destinasi utama Asia.

Video

Berita Berkaitan