99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Xi Terima Kunjung Hormat Presiden Timor Timur

(CRI)Isnin 29 Julai 2024

China akan terus memperincikan pelaksanaan dasar pembaharuan secara menyeluruh, mendorong pembangunan yang berkualiti dan meningkatkan tahap keterbukaan. Kesemua ini akan mencetuskan motivasi dan membawa peluang baharu kepada pembangunan ekonomi global dan kerjasama China-Timor Timur.

Demikian dinyatakan Presiden China, Xi Jinping ketika menerima kunjungan hormat Presiden Timor Timur, Jose Ramos-Horta yang sedang dalam lawatan rasmi di Beijing pagi tadi.

"China bersedia bersama dengan Timor Timur untuk membuat lonjakan secara terus-menerus dalam mengembangkan perkongsian strategik komprehensif kedua-dua negara demi manfaat rakyat.

"China bersedia bersama-sama Timor Timur untuk berusaha melengkapkan tiga matlamat yang "lebih tinggi", iaitu membentuk hubungan bilateral yang bertaraf lebih tinggi, mengambil tindakan yang tulen bagi memacu kerjasama yang berkualiti lebih tinggi, dan meningkatkan penyelarasan dalam PBB dan Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO) demi pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama insan," kata Xi.

"Selain itu, China juga bersedia mengadakan lebih banyak kerjasama bilateral dan tiga pihak dengan Timor Timur dalam pelbagai kerangka seperti Forum Kerjasama Ekonomi Perdagangan China-Negara-negara Berbahasa Portugis, dan Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) PBB" tambah beliau.

Jose Ramos-Horta pula berkata, pihaknya berharap terus memperkukuh perkongsian strategik komprehensif dengan China, meningkatkan kerjasama dalam bidang keselamatan bijirin dan infrastruktur yang dilihat boleh membantu negaranya meningkatkan kemandirian dalam melakukan pembangunan negara.

Menurut Jose Ramos-Horta, Timor Timur konsisten dalam mengamalkan prinsip Satu China, menentang "kemerdekaan Taiwan" dan campur tangan dari sebarang kuasa luaran, menyokong sebarang usaha dilakukan China untuk melindungi kedaulatan negara dan keutuhan wilayah. Isu Laut China Selatan (LCS) perlu diselesaikan oleh negara-negara yang mempunyai tuntutan melalui rundingan. Timor Timur bersedia bersama-sama pelbagai negara di rantau ini termasuk China untuk melindungi keamanan dan kestabilan di perairan LCS.

Selepas pertemuan itu berakhir, pemimpin kedua-dua negara turut menyaksikan penandatanganan sejumlah dokumen kerjasama bilateral dalam bidang rancangan pembinaan bersama BRI, pertanian, pembangunan hijau, ekonomi digital dan pengangkutan penerbangan.

Seterusnya, kedua-dua pihak juga mengumumkan Kenyataan Bersama China-Timor Timur tentang Peningkatan Perkongsian Strategik Komprehensif".

Video