99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Ekspo China-Asia Selatan Labuh Tirai, Rekod Urus Niaga AS$1.12 Bilion

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Isnin 29 Julai 2024

Pempamer dari Pakistan (kiri) memperkenal permaidaninya kepada pengunjung di Pavilion Asia Selatan semasa Ekspo China-Asia Selatan ke-8 di Kunming, provinsi Yunnan, China pada 26 Julai 2024. (Xinhua/Wang Jiangyi)

Pempamer dari Pakistan (kiri) memperkenal permaidaninya kepada pengunjung di Pavilion Asia Selatan semasa Ekspo China-Asia Selatan ke-8 di Kunming, provinsi Yunnan, China pada 26 Julai 2024. (Xinhua/Wang Jiangyi)

Eskpo China-Asia Selatan yang ke-8 melabuhkan tirainya pada Ahad, dengan urus niaga kedua-dua domestik dan luar negara dicatatkan bernilai lebih daripada RMB8 bilion (AS$1.12 bilion).

Sepanjang berlangsungnya acara di Kunming, ibu kota provinsi Yunnan itu, jumlah jualan kumulatif secara dalam talian dan fizikal telah direkodkan melebihi angka RMB500 juta.

Acara selama enam hari itu telah menampilkan 15 dewan pameran dengan tema yang dibawanya adalah termasuk teknologi seni bina, perkilangan, tenaga hijau dan pertanian moden.

Pada tahun ini, ekspo tersebut berjaya menarik penyertaan 82 negara, wilayah dan organisasi antarabangsa, dengan lebih 2,000 syarikat pempamer. Difahamkan, hampir separuh daripada semua syarikat tersebut merupakan syarikat antarabangsa yang meliputi semua negara di rantau Asia Selatan dan Asia Tenggara.

Untuk rekod, ekspo edisi yang pertama telah diadakan di Kunming pada 2013, iaitu tahun yang sama China memperkenalkan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI). Sejak pertama kali ia dianjurkan, ekspo tersebut telah membantu lebih 18,000 syarikat asing dan domestik, mempromosi urus niaga bernilai lebih AS$100 bilion, dan mempermudah pemeteraian lebih 3,000 projek.

Dianjurkan secara bersama oleh Kementerian Perdagangan dan kerajaan tempatan Yunnan, ekspo tersebut merupakan antara acara terpenting sepanjang tahun bagi pertukaran perdagangan dan ekonomi antara China dan negara Asia Selatan.

Memetik data rasmi, volum perdagangan antara China dan negara Asia Selatan pada 2023 hampir mencapai AS$200 bilion, iaitu dua kali ganda daripada jumlah yang dicatatkan pada 2013.

Video

Berita Berkaitan