99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Menteri Luar China, Rusia Bertemu di Vientiane

(CRI)Jumaat 26 Julai 2024

Menteri Luar China Wang Yi mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Rusia Sergei Lavrov di Vientiane, Laos pada Khamis.

Wang berkata China sedia bersinergi dengan Rusia untuk teguh menyokong serta melindungi kepentingan teras satu sama lain, selain sentiasa menjadi rakan sehaluan dalam pembangunan dan kebangkitan negara.

Selaku dua negara penting di rantau Asia Pasifik serta rakan dialog ASEAN, China dan Rusia boleh mengekalkan komunikasi dan koordinasi mengenai kerjasama Asia Timur.

China sudi bersama Rusia menjaga kerangka kolaborasi serantau berpusatkan ASEAN yang terbuka dan inklusif, memperdalam konsensus kerjasama menerusi mekanisme Asia Timur sedia ada sekali gus menggalakkan keamanan, kestabilan dan kemakmuran serantau.

Sementara itu, Lavrov menyatakan negaranya berhasrat memperkasakan kerjasama dengan China dalam pelbagai bidang.

Beliau berkata Rusia akan bersinergi dengan China dalam mendukung kedudukan pusat ASEAN sambil mengelak cubaan sabotaj dan campur tangan oleh kuasa luar.

Video

Berita Berkaitan