99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

'Deklarasi Beijing' Bawa Harapan kepada Rakyat Palestin: MFA

(CRI)Rabu 24 Julai 2024

Wakil kanan dari 14 fraksi Palestin menandatangani 'Deklarasi Beijing' untuk menamatkan perpecahan dan memperkasa solidariti selepas mengadakan dialog perdamaian di Beijing bermula 21 hingga 23 Julai.

Jurucakap Kementerian Luar (MFA) Mao Ning dalam sidang media pada Selasa menyifatkan tindakan itu akan membawa harapan kepada rakyat Palestin yang penuh dengan kesengsaraan.

Ketika berucap pada upacara penutupan dialog itu, Menteri Luar China Wang Yi berkata kesepakatan paling penting yang dicapai dialog berkenaan adalah mewujudkan perdamaian dan solidariti antara kesemua 14 fraksi Palestin.

Pelbagai fraksi juga mengesahkan Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) sebagai satu-satunya wakil sah bagi rakyat Palestin, di samping sebulat suara menyeru penubuhan negara Palestin yang bebas mengikut resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Menurut jurucakap itu, Menteri Luar Wang Yi turut mengemukakan saranan 'tiga langkah' bagi menamatkan konflik di Gaza.

Pertama, mendorong gencatan senjata yang menyeluruh, berkekalan dan berterusan diwujudkan di Gaza seawal mungkin sambil memastikan kelancaran akses bantuan dan penyelamatan kemanusiaan.

Kedua, menggerakkan tadbir urus Gaza pasca perang berdasarkan prinsip 'rakyat Palestin mentadbir Palestin'.

Dan ketiga, menjadikan Palestin sebagai anggota penuh PBB dan menggerakkan pelaksanaan formula 'penyelesaian dua negara'.

Video

Berita Berkaitan