- Lain-lain
Forum Tindakan Global di Beijing untuk Kongsikan Pembangunan
Persidangan Peringkat Tinggi ke-2 Forum Tindakan Global untuk Kongsikan Pembangunan telah diadakan di Beijing pada 11 hingga 13 Julai.
Perwakilan dari pihak China menyatakan, negara ini akan meningkatkan penyelarasan dalam pelaksanaan strategi dengan masyarakat antarabangsa termasuk PBB, meningkatkan peruntukan dalam pelaburan sumber, memperluas kolaborasi dalam pelbagai bidang seperti perindustrian model baharu, kecerdasan buatan (AI) dan pembangunan hijau, membantu ekonomi baharu dan negara-negara membangun bersuara lantang dan menjadi semakin relevan di persada dunia, di samping memulihkan agenda antarabangsa yang berteraskan pembangunan.
Turut hadir, pegawai kerajaan, duta besar, wakil pertubuhan kewangan dan sarjana dari negara asing.
Mereka dalam sesi perbincangan forum tindakan global yang menumpukan kepada usaha mempercepat pelaksanaan agenda pembangunan berterusan 2030 anjuran Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) itu, berpendapat bahawa pada masa sekarang, pembangunan global yang berterusan masih menghadapi pelbagai cabaran termasuk perubahan iklim, kemiskinan, ketidakseimbangan sumber pendidikan dan kesihatan. Maka, masyarakat antarabangsa diseru menjana impak sosial dan menjalin perkongsian yang padu.
Selain itu, Inisiatif Pembangunan Global (GDI) yang dikemukakan China telah menjadi pemacu untuk memperjuangkan matlamat pembangunan berterusan PBB, dan boleh menyediakan peluang kepada pembangunan bersama di pelbagai negara khususnya di negara-negara "Selatan Global".
- China, Singapura Perdalam Kerjasama dalam Penguatkuasaan dan Tadbir Urus Sosial
- "Seminar Antarabangsa tentang Interaksi dan Saling Belajar antara Pelbagai Tamadun" Diadakan UNESCO
- Sidang Kemuncak Ke-19 NAM Dirasmikan
- China Ikrar Beri Sumbangan kepada Kerjasama Pembangunan Global
- Surat Tahniah Xi kepada Forum Peringkat Tinggi Pembangunan China 2023
- Konsep Komuniti Berkongsi Nasib Sesama Insan Mendapat Sambutan Hangat
- GCI, Satu Lagi Barang Awam Penting untuk Masyarakat Antarabangsa
- China Tekankan Konsep Pembangunan Berpusatkan Rakyat
- Kejayaan Tercapai dalam Lawatan Pengerusi UNGA ke China
- Menteri Luar China Gesa Hormati Kedaulatan, Integriti Wilayah Negara Timur Tengah