99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Forum Tamadun Dunia Buka Tirai di Nishan

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Khamis 11 Julai 2024
Forum Tamadun Dunia Buka Tirai di Nishan
Foto yang diambil pada 10 Julai 2024 ini memperlihatkan tempat Forum Nishan ke-10 mengenai Tamadun Dunia di Qufu, Provinsi Shandong, timur China. Bertemakan Budaya Tradisional dan Tamadun Moden, Forum Nishan ke-10 mengenai Tamadun Dunia telah membuka tirainya pada Rabu. Forum ini bertujuan untuk menyediakan penyelesaian untuk menangani cabaran global dengan lebih baik dan menggalakkan kemajuan tamadun manusia. (Xinhua/Guo Xulei)

Forum Nishan ke-10 mengenai Tamadun Dunia yang bertujuan untuk menyediakan penyelesaian dalam menangani cabaran global dengan lebih baik dan menggalakkan kemajuan tamadun manusia telah membuka tirainya pada Rabu dengan bertemakan Budaya Tradisional dan Tamadun Moden.

Forum dua hari itu berlangsung di Qufu, tempat kelahiran ahli falsafah China terkenal Confucius, di Provinsi Shandong, timur China. Pada edisi kali ini, forum itu berjaya menarik hampir 400 tetamu antarabangsa dari 63 negara dan wilayah, yang mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti termasuk wawancara peringkat tinggi, ucaptama dan dialog.

Difahamkan, forum itu juga menampilkan enam sub-tema, termasuk Pertukaran Tamadun dan Pembelajaran Bersama di bawah Cabaran Global. Buat pertama kalinya, forum itu merangkumi forum budaya sukan dan simposium budaya keluarga, selain turut menganjurkan dialog tamadun klasik China-Itali.

Forum Nishan mengenai Tamadun Dunia memberi tumpuan kepada dialog antara tamadun dunia dan menyumbang kepada pembinaan komuniti dengan masa depan bersama untuk manusia. Ia juga mengintegrasikan dialog akademik, antarabangsa serta terbuka sebagai platform untuk pertukaran budaya dan pemikiran antarabangsa.

Para tetamu menghadiri Forum Nishan ke-10 mengenai Tamadun Dunia di Qufu, Provinsi Shandong, timur China, 10 Julai 2024. Forum Nishan ke-10 mengenai Tamadun Dunia bermula pada Rabu bertemakan Budaya Tradisional dan Tamadun Moden. Forum ini bertujuan untuk menyediakan penyelesaian untuk menangani cabaran global dengan lebih baik dan menggalakkan kemajuan tamadun manusia. (Xinhua/Guo Xulei)

Video

Berita Berkaitan