99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

China Tingkatkan Kuasa Pengkomputeran Sebagai Pemangkin Ekonomi Baharu

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Selasa 09 Julai 2024

Seorang kakitangan memeriksa peralatan di pusat data China Mobile di Horinger, Bandar Hohhot, Mongolia Dalam, utara China, 28 November 2023. (Xinhua/Li Zhipeng)

Seorang kakitangan memeriksa peralatan di pusat data China Mobile di Horinger, Bandar Hohhot, Mongolia Dalam, utara China, 28 November 2023. (Xinhua/Li Zhipeng)

Tatkala pembinaan kecerdasan am buatan sedang aktif dilakukan pada peringkat global,pembangunan kuasa pengkomputeran yang lebih kukuh telah menjadi titik fokus utama inisiatif strategik China, didorong oleh keperluan ekonomi digital yang berkembang pesat dan inovasi dalam model bahasa besar (LLM).

Memetik data yang diumumkan semasa Persidangan Ekonomi Digital Global 2024 yang baru melabuhkan tirainya pada Jumaat lalu di Beijing, ia menyebut bahawa menjelang akhir tahun lepas, jumlah bilangan rak standard yang digunakan di pusat data di seluruh China telah melebihi 8.1 juta, dengan jumlah kuasa pengkomputeran sebanyak 230 EFLOPS.

EFLOPS ialah unit ukuran yang digunakan untuk menentukan kelajuan komputer. Sistem pengkomputeran 1 EFLOPS boleh melengkapkan 1 kuintilion operasi titik terapung sesaat.

Dalam era peranti dan lonjakan data yang saling berkaitan, kuasa pengkomputeran sebagai "tenaga baharu" ekonomi digital, disifatkan sebagai membentuk semula landskap ekonomi global pada kadar yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Demikian ujar Wang Xiaoli, wakil Akademi Teknologi Maklumat dan Komunikasi China yang menghadiri persidangan itu.

Memandang ke hadapan, China menyasarkan untuk meningkatkan kuasa pengkomputeran agregat negara itu sebanyak lebih daripada 30 peratus menjelang 2025, menurut pelan yang dikeluarkan oleh enam jabatan kerajaan pada Oktober 2023. Pelan itu juga menetapkan sasaran untuk jumlah kuasa pengkomputeran China mencapai 300 EFLOPS menjelang 2025.

Dalam proses ini, sistem pengkomputeran dan pusat data memerlukan tenaga elektrik yang banyak untuk mengendalikan dan menyejukkan perkakasan, sekali gus menjadikan kecekapan tenaga sebagai kritikal dalam pembangunan kuasa pengkomputeran.

Bagi memenuhi permintaan tenaga yang semakin meningkat, sektor berkaitan China telah menjalankan usaha yang meluas untuk mengintegrasikan pembangunan tenaga hijau dengan kuasa pengkomputeran.

Yan Gang, pengarah teknikal Yovole Network, iaitu penyedia perkhidmatan pusat data pengkomputeran awan yang berpangkalan di Shanghai, telah menggariskan strategi syarikatnya terhadap penyimpanan tenaga yang cekap menggunakan teknologi pengurusan tenaga termaju.

"Pusat pengkomputeran pintar kami menggunakan gabungan sistem penyejukan, pemanasan dan kuasa menggunakan tenaga hidrogen, storan fotovolta, penyejukan penyejatan tidak langsung dan teknologi penyejukan cecair. Pada bulan April, kami turut bekerjasama dengan Tesla untuk menggunakan teknologi penyimpanan tenaga Megapack mereka di pusat pengkomputeran pintar kami, "kata Yan.

Sementara itu, berikutan permintaan kukuh terhadap kuasa pengkomputeran, kawasab timur China telah berkongsi peluang pembangunan dalam era digital dengan seluruh negara.

Foto udara bertarikh 28 November 2023 ini menunjukkan projek pusat teknologi kewangan Bank of China di Horinger, Bandar Hohhot, Mongolia Dalam, utara China. (Xinhua/Li Zhipeng)

Foto udara bertarikh 28 November 2023 ini menunjukkan projek pusat teknologi kewangan Bank of China di Horinger, Bandar Hohhot, Mongolia Dalam, utara China. (Xinhua/Li Zhipeng)

Kawawsan peringkat provinsi di barat China yang luas dan kaya dengan sumber memanfaatkan kelebihan ketara dari segi tenaga hijau dan kedudukan geografi yang menggalakkan.

Faktor tersebut membolehkan mereka menyediakan sumber pengkomputeran berkualiti tinggi dan telah membolehkan mereka merebut peluang untuk menubuhkan pusat data besar-besaran yang menyokong industri pintar negara.

Pada Disember 2023, bandar Ulanqab di Wilayah Autonomi Mongolia Dalam, utara China telah menandatangani memorandum kerjasama strategik dengan Suruhanjaya Ekonomi dan Teknologi Maklumat Perbandaran Beijing untuk mempromosikan kemasukan kuasa pengkomputeran hijau ke Beijing.

Menurut Chai Yue, naib datuk bandar Ulanqab, bandar itu merancang untuk menyediakan Beijing dengan lebih 10,000 PFLOPS kuasa pengkomputeran am hijau setiap tahun menjelang 2025.

Untuk makluman, satu PFLOP, atau petaFLOP, adalah bersamaan dengan satu kuadrilion operasi titik terapung sesaat.

Selain itu, sumber kuasa pengkomputeran rantau ini telah mengubahnya daripada hab tradisional industri ternakan menjadi tarikan bagi sektor berkaitan kecerdasan buatan (AI). Menurut Biro Pengurusan Data Besar Hohhot, ibu kota wilayah itu, separuh daripada 70 model besar yang didaftarkan di Beijing sedang menjalani latihan di Mongolia Dalam.

Selain mewujudkan infrastruktur seperti pusat data, penyedia perkhidmatan pengkomputeran merentasi pelbagai industri sedang meneroka cara untuk mengintegrasikan kuasa pengkomputeran terus ke dalam perusahaan, isi rumah dan daerah perniagaan.

Sektor yang mempunyai masa depan yang begitu cerah ini juga sedang meneroka model "kuasa tambah pengkomputeran", serta menjalin kerjasama yang mendalam dengan sektor termasuk kewangan, pendidikan, penjagaan kesihatan dan pengangkutan.

Pada 2020, Beijing melancarkan kawasan demonstrasi memandu autonomi di Yizhuang, yang terletak di pinggir selatan ibu negara. Sistem jalan pintar menggunakan peranti pintar holografik untuk memantau keadaan lalu lintas, dengan disokong oleh tiang pelbagai fungsi di sepanjang jalan yang menghantar data pengiraan kepada kenderaan dan sistem awan masa nyata. Teknologi kerjasama kenderaan-jalan ini, dikuasakan oleh sumber pengkomputeran yang banyak, mengoptimumkan penyelesaian pemanduan untuk kereta, sekali gus meningkatkan keselamatan dan kecekapan lalu lintas.

"Kuasa pengkomputeran digunakan secara meluas merentasi pelbagai sektor, termasuk kerajaan, industri, pengangkutan dan penjagaan kesihatan, secara tidak langsung terus memacu kemunculan teknologi, model dan bentuk perniagaan baharu. Penyerapan inovasi ini menyediakan momentum penting untuk pembangunan ekonomi berkualiti tinggi," kata Jin Zhuanglong, Menteri Industri dan Teknologi Maklumat China.

Video

Berita Berkaitan