99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Kisah Laluan Sutera Presiden Xi: Manfaat Bersama Memacu Kerjasama China-Tajikistan

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Jumaat 05 Julai 2024

Pada Jun 2019, Presiden Xi Jinping menerbitkan artikel yang ditandatangani dalam akhbar terkemuka Tajikistan, Narodnaya Gazeta dan Agensi Berita Khovar milik kerajaan.

Dalam artikel itu, beliau menekankan tentang ikatan yang mendalam antara China dan Tajikistan sebagai 'jiran baik yang dihubungkan oleh gunung dan sungai, kawan baik yang saling ikhlas mempercayai antara satu sama lain, rakan kongsi yang baik dalam kerjasama menang-menang, dan saudara baik yang menyokong satu sama lain sepanjang masa.'

Presiden China Xi Jinping berucap pada sidang kemuncak kelima Persidangan mengenai Interaksi dan Langkah Membina Keyakinan di Asia (CICA) di Dushanbe, Tajikistan, 15 Jun 2019. (Foto: Xinhua)

Presiden China Xi Jinping berucap pada sidang kemuncak kelima Persidangan mengenai Interaksi dan Langkah Membina Keyakinan di Asia (CICA) di Dushanbe, Tajikistan, 15 Jun 2019. (Foto: Xinhua)

"Setiap lawatan terasa seperti melawat keluarga, ia sangat menyenangkan," kata Presiden Xi, yang mengetuai hubungan dua hala melalui diplomasi ketua negara.

Beliau memuji pertukaran antara rakyat, serta secara peribadi menceritakan kisah persahabatan China-Tajikistan dan menyaksikan sendiri peristiwa penting dalam projek mercu tanda. Setiap kisah Laluan Sutera mengisahkan anekdot menyentuh tentang persahabatan yang berkekalan antara China dan Tajikistan.

Tembikar berkaca Tang dengan tiga warna menjadi saksi kepada hubungan purba mereka.

"Pemuzik dan penari Sogdian sering ditampilkan dalam tembikar kaca dari Dinasti Tang China (618-907) yang dipelihara sehingga hari ini," kata Xi dalam artikelnya pada 2019, iaitu bukti interaksi aktif selama berabad-abad, meningkatkan persahabatan yang kekal antara China dan Tajikistan .

Banyak kisah persahabatan China-Tajikistan yang kekal telah diceritakan oleh Presiden Xi. Dari perjalanan sukar utusan empayar Zhang Qian melalui Asia Tengah yang menubuhkan Laluan Sutera pada Dinasti Han Barat (206SM–25 M), kepada pengembaraan rahib abad ke-7 yang terkenal Xuan Zang pada Dinasti Tang dan Chen Cheng pada Dinasti Ming (1368–1644) sebagai utusan persahabatan China, kepada warisan budaya yang dikongsi oleh tokoh sejarah Tajikistan seperti Emir Ismail Samani dan penyair Rudaki, yang kesemua naratif tersebut masih segar disebut oleh masyarakat kedua-dua negara.

Selama lebih 2,000 tahun, gema loceng unta dan telapuk kuda berirama telah membawa persahabatan dan kerjasama di sepanjang Laluan Sutera. Selama berabad-abad, persahabatan kedua-dua negara telah bertahan meskipun dilanda ujian, sepadu seperti Pamir nan megah.

Loji janakuasa haba mengukur kehangatan sentimen bersama.

Perjalanan 10 minit ke timur laut dari ibu negara Tajik membawa kami ke loji janakuasa No.2 Dushanbe yang terkenal. Terletak di tebing kanan Sungai Varzob, loji janakuasa haba moden ini bukan sahaja membawa cahaya dan kehangatan kepada penduduk ibu kota, tetapi juga tertegak sebagai simbol persahabatan antara kedua-dua negara.

Pada September 2014, Presiden Xi Jinping dan Presiden Emomali Rahmon bersama-sama menghadiri majlis penyiapan projek fasa pertama loji kuasa No.2 Dushanbe dan majlis pecah tanah projek fasa kedua loji kuasa No.2 Dushanbe. Sejak siap dan beroperasi, loji itu telah berjaya memberi jaminan terhadap bekalan elektrik dan pemanasan bandar.

Presiden China, Xi Jinping mengadakan perbincangan dengan Presiden Tajikistan, Emomali Rahmon, yang berada di China untuk Sidang Kemuncak China-Asia Tengah dan lawatan negara, di Xi'an, Provinsi Shaanxi, barat laut China, 18 Mei 2023. (Foto: Xinhua)

Presiden China, Xi Jinping mengadakan perbincangan dengan Presiden Tajikistan, Emomali Rahmon, yang berada di China untuk Sidang Kemuncak China-Asia Tengah dan lawatan negara, di Xi'an, Provinsi Shaanxi, barat laut China, 18 Mei 2023. (Foto: Xinhua)

Bengkel Luban membina keyakinan dalam pembangunan bersama.

Pada Mei 2023, Xi dalam ucaptamanya pada Sidang Kemuncak China-Asia Tengah yang pertama telah menekankan keperluan untuk "menubuhkan lebih banyak Bengkel Luban di negara-negara Asia Tengah."

Bengkel Luban pertama di Asia Tengah telah dilancarkan di Universiti Teknikal Tajik.

Peralatan terkemuka di dalam bilik darjah membolehkan pelajar dapat belajar dan berlatih membuat pemeriksaan. Tapak yang dahulunya mengambil masa 15 hari untuk melengkapkan pemeriksaan kini hanya mengambil masa tiga jam dengan peralatan Bengkel Luban.

Platform pertukaran pendidikan vokasional antarabangsa ini yang membantu golongan muda di Tajikistan memperoleh kemahiran profesional, telah bersinar bak kata pepatah Cina, ‘Mengajar seseorang memancing adalah lebih baik daripada memberinya ikan."

Pelajar mempelajari kemahiran di Bengkel Luban di Dushanbe, Tajikistan, 12 April 2023. (Foto: Xinhua)

Pelajar mempelajari kemahiran di Bengkel Luban di Dushanbe, Tajikistan, 12 April 2023. (Foto: Xinhua)

Selepas cadangan Inisiatif Jalur dan Laluan, Tajikistan merupakan negara pertama yang menandatangani memorandum dengan China untuk bersama-sama membina Jalur Ekonomi Laluan Sutera.

Hari ini, kerjasama China-Tajikistan merangkumi projek mercu tanda berskala besar seperti kereta api Vahdat-Yavan dan talian penghantaran voltan tinggi 500 kilovolt melalui Daerah Subordinasi Republikan, serta projek mata pencarian seperti Bengkel Luban dan loji pemprosesan tepung yang dinaik taraf.

Produk pertanian Tajik seperti ceri dan limau kini menjadi satu kelaziman bagi orang China, sekali gus memberi dinamik kepada persahabatan China-Tajikistan yang saling menguntungkan.

Manfaat bersama dan prinsip menang-menang adalah penggerak kerjasama China-Tajikistan. Walaupun China dan Tajikistan berada pada tahap pembangunan yang berbeza, kedua-dua negara telah berpegang kepada prinsip saling menguntungkan dalam kerjasama, tidak sekali-kali mencari kepentingan sendiri dengan mengorbankan yang lain, sebaliknya, terus komited kepada jalan pembangunan dan kemakmuran bersama.

Apabila rakan-rakan semakin rapat dan jalan semakin luas, lembaran baharu kisah Laluan Sutera antara China dan Tajikistan pastinya akan tertulis di bawah Pamir.

Video

Berita Berkaitan