99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

China, Poland Keluar Pelan Tindakan Perkukuh Perkongsian Strategik Komprehensif

(CRI)Selasa 25 Jun 2024

Presiden China, Xi Jinping mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Poland, Andrzej Duda di Dewan Besar Rakyat di Beijing pada Isnin.

Xi Jinping berkata, Poland antara negara yang paling awal mengiktiraf Republik Rakyat China.

"Hubungan China-Poland berkembang mantap dan baik sejak jalinan ikatan diplomatik kedua-dua negara pada 75 tahun lalu.

"Lebih-lebih lagi hubungan kedua-dua negara dinaiktaraf ke tahap perkongsian strategik komprehensif pada lapan tahun lalu, komunikasi dan kerjasama kita ditingkatkan hingga membawa banyak limpahan manfaat kepada rakyat," kata Xi.

Beliau mengumumkan bahawa China memutuskan untuk menguatkuasakan dasar pengecualian visa sepihak selama 15 hari kepada warga Poland.

Sementara itu, Xi menegaskan bahawa China bersedia bersama Poland dan negara-negara berkaitan untuk menggalakkan Mekanisme Kerjasama China-Negara Eropah Timur berkembang mampan serta mendorong hubungan China-Eropah berkembang sihat dan stabil.

Andrzej Duda pula menyatakan, Inisiatif Jalur & Laluan (BRI) anjuran Presiden Xi membawa peluang pembangunan yang besar kepada Poland. Penglibatan Poland dalam inisiatif itu berjaya memacu pembinaan prasarana dan pembangunan ekonomi di negaranya.

Selepas pertemuan itu, pemimpin kedua-dua negara bersama-sama menyaksikan penandatanganan beberapa dokumen kerjasama dua hala melibatkan bidang ekonomi, perdagangan, pertanian dan lain-lain.

Selain itu, Pelan Tindakan Perkukuh Perkongsian Strategik Komprehensif China-Poland 2024-2027 turut diumumkan.

Video

Berita Berkaitan