99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Xi Beri Arahan Mengenai Pencegahan dan Kawalan Banjir dan Kemarau

(CRI)Rabu 19 Jun 2024

Presiden China, Xi Jinping mengeluarkan arahan mengenai gerak kerja dalam bidang pencegahan dan kawalan banjir serta kemarau.

Xi yang juga Setiausaha Agung Jawatankusa Pusat Parti Komunis China (PKC), dan Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat, menyatakan bahawa hujan lebat yang turun secara berturut-turut di kawasan bahagian selatan telah menyebabkan berlakunya banjir dan bencana geologi di sebahagian tempat seperti provinsi Guangdong dan Fujian, yang dilaporkan sudah mengakibatkan kematian serta kecederaan dan kerugian harta benda, sedangkan sebahagian kawasan di utara China dilanda bencana kemarau.

"Hendaklah berusaha sedaya upaya untuk mencari dan menyelamatkan mereka yang dilaporkan hilang atau terperangkap semasa berlakunya bencana, memindahkan mangsa ke tempat selamat, memastikan pengeluaran dan hidup rakyat berjalan seperti biasa, dan meminimumkan kerugian akibat bencana," kata Xi.

"Semasa musim tengkujuh di seluruh negara pada masa ini, kami menghadapi situasi yang semakin kritikal dalam usaha pencegahan dan kawalan banjir. Pelbagai jabatan dan pihak berkuasa tempatan diharap meningkatkan kesedaran risiko, memperhebat pemantauan, membuat ramalan dan amaran awal tepat pada waktunya, menyediakan peralatan dan bekalan yang mencukupi, dan melengkapkan pakej cadangan untuk menangani keadaan kecemasan supaya dapat meningkatkan kecekapan dalam membela nasib rakyat beserta keselamatan harta benda dan kestabilan masyarakat," tambah beliau.

Video

Berita Berkaitan