99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

China Lepaskan Panda Kurungan, Rangsang Populasi Liar

Panda kurungan di Ya’an, provinsi Sichuan. (Foto oleh Huang Zhiling/China Daily)

Panda kurungan di Ya’an, provinsi Sichuan. (Foto oleh Huang Zhiling/China Daily)

Sebanyak dua belas ekor panda kurungan telah dilepaskan ke hutan di China sejak 2003 bagi meningkatkan populasi panda liar.

Wu Daifu, seorang pakar di Pusat Pemuliharaan dan Penyelidikan Panda Gergasi China di provinsi Sichuan memaklumkan bahawa 10 daripada panda tersebut masih hidup. Antara haiwan-haiwan liar besar yang dilepaskan ke hutan, kadar kemandirian panda amat tinggi.

Pengunjung mengambil gambar panda kurungan di Ya’an, provinsi Sichuan. (Foto oleh Huang Zhiling/China Daily)

Pengunjung mengambil gambar panda kurungan di Ya’an, provinsi Sichuan. (Foto oleh Huang Zhiling/China Daily)

Setakat hujung tahun lepas, terdapat 728 ekor panda kurungan di China, dan 1,900 lagi yang hidup liar. Angka ini dapat menjadi indikasi bahawa populasi panda kurungan kini berupaya mengekalkan diri.

Banci panda keempat China yang diterbitkan pada 2015 menunjukkan, 22 daripada 33 kumpulan panda liar yang dipantau berdepan ancaman kepupusan.

Menurut Zhang Hemin, ketua pakar pusat penyelidikan itu, tindakan melepaskan panda kurungan amat mustahak bagi pertumbuhan populasi panda liar.

Video

Berita Berkaitan