99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

China, Australia Sedia Kukuhkan Hubungan Dua Hala

(CRI)Selasa 18 Jun 2024

Perdana Menteri China Li Qiang dan rakan sejawatnya dari Australia Anthony Albanese bersetuju untuk mengekalkan hubungan perkongsiaan strategik komprehensif kedua-dua negara, mengukuhkan trend penambahbaikan hubungan dua hala, dan bersama-sama memelihara keamanan, kestabilan dan kemakmuran serantau dan dunia.

Li dan Albanese mencapai persetujuan tersebut sempena Pertemuan Tahunan Perdana Menteri China-Australia pusingan ke-9 di Canberra, pada Isnin.

Li berkata, ciri-ciri teras hubungan antara China dan Australia adalah saling menguntungkan, manakala pembangunan kedua-dua negara ini juga adalah peluang tetapi bukan cabaran.

Beliau menekankan bahawa China bersedia berkolaborasi dengan pihak Australia untuk memanfaatkan mekanisme-mekanisme yang sedia ada seperti dialog ekonomi strategik China-Australia, demi meluaskan skop perdagangan, meningkatkan kerjasama dalam sektor kenderaan tenaga baharu (NEV) dan janakuasa elektrik tenaga boleh baharu (TBB), serta memperkasakan pertukaran dan kerjasama dalam sektor kebudayaan dan pelancongan.

Di samping itu, Li menzahirkan harapan agar pihak Australia dapat menyediakan iklim perniagaan yang adil, sama rata dan tanpa diskriminasi kepada syarikat China.

Albanese pula menyatakan, pihaknya menyokong pembangunan dan kemakmuran China, sementara memberi pujian ke atas sumbangan China terhadap pengurangan kemiskinan di peringkat antarabangsa.

Beliau menegaskan pendirian Australia dalam mempertahankan dasar satu China dan tidak menyokong “kemerdekaan Taiwan”.

Albanese berkata, Australia bersedia meningkatkan dialog dan kerjasama dengan China dalam pelbagai bidang untuk membaiki dan memajukan hubungan kedua-dua negara.

Sempena lawatan Li ke Australia, China turut mengumumkan keputusan untuk memasukkan Australia dalam senarai negara pengecualian visa secara sepihak. Selain itu, kedua-dua negara juga akan memberikan visa multi masuk selama tiga hingga lima tahun kepada pengembara masing-masing, bagi tujuan melancong, menjalankan urus niaga dan mengunjungi saudara mara.

Video

Berita Berkaitan