99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Hungary Hargai BRI, Dukung Kolaborasi dan Kesalinghubungan

(CRI)Isnin 13 Mei 2024

Hungary menganggap Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) sebagai kaedah tepat bagi manusia untuk hidup bersama, kata Perdana Menteri Viktor Orban.

Orban berkata pihaknya mendukung usaha ke arah mewujudkan kesalinghubungan dan kolaborasi, bukannya bertindak 'mencantas hubungan' atau 'nyahrisiko'.

"Makna BRI bukan sekadar menjayakan projek yang baik, tetapi juga memberi sumbangan dari segi pemikiran.

"Ia memberi ruang kepada kita untuk berfikirkan apa jenis order global yang perlu diwujudkan manusia dalam beberapa dekad akan datang," kata beliau semasa temu bual bersama Kumpulan Media China (CMG) baru-baru ini.

Justeru menurut Orban, Hungary menyokong BRI bukan sahaja dengan mempertimbangkan kepentingan negara, tetapi juga berdasarkan penghargaan terhadap gagasan berkenaan.

Tambah beliau, dunia menyaksikan perubahan dalam dua dekad lalu dengan munculnya tenaga baharu yang semakin kuat. Dunia tidak lagi didominasi oleh satu pusat kuasa sahaja.

"Jadi, bagaimana orang Barat memandang pencabar dengan sewajarnya? Khususnya dari segi ekonomi, kami memandang mereka sebagai musuh, risiko, bahaya dan ancaman, atau melihatnya sebagai peluang dan kawan?

"Pihak kami bersedia mengambil iktibar daripada sejarah, dan menganggap kolaborasi dan kesalinghubungan adalah jauh lebih baik daripada amalan 'cantas hubungan' serta isolasi," ujar PM itu.

Video

Berita Berkaitan