99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Dron Kargo Mula Bawa Anak Benih dari Hainan

Dron kargo FP-98, dron sayap tetap berskala besar pertama China, bersedia untuk berlepas di Haikou, Provinsi Hainan, pada 24 April. (China Daily/ Yuan Chen)

Dron kargo FP-98, dron sayap tetap berskala besar pertama China, bersedia untuk berlepas di Haikou, provinsi Hainan, pada 24 April. (China Daily/Yuan Chen)

Sebuah dron kargo besar membawa 455 kilogram anak benih pokok renek pada akhir bulan lalu dari Haikou, provinsi Hainan ke Zhuhai di provinsi Guangdong dalam masa kurang daripada tiga jam, sekali gus menjadi penerbangan pertama dron merentas laut untuk logistik kargo awam antara provinsi.

"Ia jauh lebih cepat sekiranya melakukan perjalanan melalui udara berbanding darat. Kami telah mendapat manfaat dengan terbang pada ketinggian rendah," kata Yun Yongchao, Pengurus Besar Hainan Lutai Marine Biotechnology, pemilik anak benih pokok renek.

Penggunaan dron kargo menjimatkan sekurang-kurangnya 10 jam perjalanan, sambil mengekalkan kadar kemandirian anak benih sebanyak 100 peratus.

Menurut Yun, ia secara tidak langsung membolehkan syarikat beliau mendapat faedah yang maksimum, berikutan kemampuan dron kargo yang bukan sahaja meminimumkan lintasan jalan dan kos buruh, malah mengurangkan perbelanjaan pembungkusan kerana tempoh perjalanan yang lebih pendek.

FP-98, yang bertanggungjawan menjalankan penerbangan itu, adalah kenderaan udara tanpa pemandu sayap tetap berskala besar pertama di China.

Dengan kemampuan membawa muatan komersial sehingga 1.5 tan metrik, ia mempunyai masa navigasi maksimum lapan jam dan jarak 1,200 kilometer.

Dilengkapi dengan platform pengurusan bersepadu BeiDou III yang canggih, FP-98 direka untuk beroperasi siang dan malam, meskipun dalam keadaan cuaca yang mencabar seperti hujan lebat, kabus dan angin, selain turut berfungsi dalam suhu dari negatif 40 darjah Celcius hingga 55 darjah Celcius.

Tambah Yun, penerbangan sulung itu juga dijangka menyuntik dorongan baharu terhadap pembangunan ekonomi altitud rendah antara Hainan dan provinsi lain.

Untuk rekod, ekonomi altitud rendah merujuk kepada landskap ekonomi yang pelbagai, dan beroperasi dalam ruang udara di bawah 1,000 meter. Secara amnya, ia berkait dengan penggunaan pesawat awam dan tanpa pemandu untuk pelbagai aktiviti penerbangan altitud rendah, serta merangkumi industri daripada pembuatan penerbangan am, logistik dan pelancongan, kepada pertanian, penyelamatan kecemasan dan perdagangan.

Pada 2023, ekonomi altitud rendah China melonjak melepasi RMB500 bilion (AS$69 bilion). Tahun ini, ia buat pertama kalinya turut dimasukkan dalam Laporan Kerja Kerajaan, sekali gus memperlihatkan kesungguhan China untuk memupuk "enjin pertumbuhan baharu" ini.

Hainan berada di barisan hadapan dalam pembaharuan pengurusan ruang udara altitud rendah di China.

“Berkemampuan untuk terbang lebih 300 hari setiap tahun, Hainan merupakan calon utama untuk pembangunan perdagangan pesawat am, pengangkutan jarak dekat komersial, penggunaan pelancongan altitud rendah, dan kemajuan ekonomi marin,” kata Liu Chong, Pengarah Pentadbiran Bandar Aeroangkasa Antarabangsa Wenchang.

Video

Berita Berkaitan