99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

China, Malaysia Komited Eratkan Hubungan Tingkatkan Kerjasama

(CRI)Jumaat 26 April 2024

Malaysia sebagai anggota penting dalam ASEAN, boleh mewakili ekonomi yang baru berkembang dan juga merupakan penggiat positif dalam dunia Islam. China telah menjadi rakan dagang terbesar bagi Malaysia untuk15 tahun berturut-turut. Kedua-dua negara telah membuahkan hasil yang melimpah dalam pembinaan bersama di bawah Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), dan perlu memperkasakan kerjasama selanjutnya dalam bidang prasarana, ekonomi digital, pembangunan hijau dan kenderaan elektrik bateri (BEV) agar mendorong hubungan bilateral berkembang ke tahap yang lebih tinggi.

Demikian dinyatakan Ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) yang juga Menteri Luar, Wang Yi ketika ditemui rakan sejawatnya dari Malaysia, Datuk Seri Mohamad Hasan di Beijing pada Khamis.

Mohamad Hasan mengatakan, hubungan persahabatan antara Malaysia dengan China yang bersejarah seribu tahun lebih tidak akan terganggu dan terjejas oleh kuasa luar. Malaysia konsisten dalam pelaksanaan dasar Satu China, dan menentang kuasa luar mencampur tangan di Laut China Selatan. China merupakan sahabat dan rakan Malaysia yang boleh dipercayai. Malaysia bersedia mengambil peluang dari peringatan ulang tahun ke-50 terjalinnya hubungan diplomatik, meningkatkan lagi pertukaran di pelbagai peringkat, menimba pengalaman China dalam pembangunan dan pengurangan kemiskinan, memperkasakan kerjasama dalam bidang transformasi penggunaan sumber tenaga, ekonomi digital, pertanian dan pelancongan agar mencipta masa depan yang lebih cerah bagi hubungan kedua-dua negara.

Kedua-dua pihak pula bertukar-tukar pendapat tentang isu serantau dan antarabangsa yang menjadi perhatian bersama. Mohamad Hasan memuji tinggi pendirian China yang adil mengenai konflik Palestin-Israel, dan menegaskan isu Palestin patut ditangani melalui pelaksanaan "penyelesaian dua negara".

Wang pula mengatakan, pihaknya komited meningkatkan penyelarasan dan kerjasama dengan Malaysia dalam mendorong penyelesaian isu itu dengan komprehensif, adil, seawal mungkin dan secara tuntas.

Video

Berita Berkaitan