99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

China, Kemboja Ikrar Majukan Pembinaan Komuniti Berkongsi Nasib

(CRI)Isnin 22 April 2024
China, Kemboja Ikrar Majukan Pembinaan Komuniti Berkongsi Nasib

Raja Kemboja Norodom Sihamoni menerima kunjungan Menteri Luar China Wang Yi, di sini pada Ahad.

Dalam pertemuan itu, Raja Sihamoni menyatakan penghargaan atas bantuan dan sokongan China kepada pembangunan sosioekonomi Kemboja, yang menyuntik penggerak kuat bagi pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama negara.

Baginda yakin pembinaan 'Koridor Pembangunan Perindustrian' dan 'Koridor Ikan dan Beras' akan turut menjana pertumbuhan ekonomi Kemboja.

Raja Sihamoni bertitah, Kemboja berpegang teguh pada dasar satu China serta aktif menyokong gagasan dan inisiatif yang disyorkan China termasuk visi komuniti berkongsi nasib sesama insan.

"Diyakini bahawa ikatan muhibah yang dijalin antara Kemboja dengan China akan kekal utuh dan diwarisi dari generasi ke generasi," titah baginda.

Sementara itu, Wang menyatakan bahawa di bawah bimbingan pemimpin kedua-dua negara, pembinaan komuniti berkongsi nasib China-Kemboja telah memasuki fasa baharu yang menonjolkan kualiti tinggi, taraf tinggi dan standard tinggi.

"China bersedia bekerjasama dengan Kemboja untuk melaksanakan konsensus strategik dicapai pemimpin kedua-dua negara.

"China akan sentiasa menjadi rakan kongsi yang paling boleh dipercayai serta penyokong yang paling kuat bagi Kemboja," kata Wang.

Wang berkata China sedang giat menggerakkan pemodenan bercirikan sendiri, mempercepat pembangunan kuasa produktif kualiti baharu dan memantapkan landskap keterbukaan pada tahap lebih tinggi.

"Pembangunan China akan menawarkan peluang baharu kepada pembangunan Kemboja.

"China sedia berkolaborasi rapat dengan Kemboja ke arah mewujudkan pembangunan bersama, dan memastikan pembinaan komuniti berkongsi nasib dua negara kekal di barisan hadapan sezaman," ujar beliau.

Video

Berita Berkaitan