99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Bentuk 'Kumpulan Kecil' di LCS, Amalan Hegemoni: MFA

(CRI)Khamis 11 April 2024

Campur tangan mana-mana kuasa luar takkan menggoyah tekad China untuk mempertahankan kedaulatan negara serta hak dan kepentingan maritim, kata jurucakap Kementerian Luar (MFA) Mao Ning.

Mutakhir ini, Penasihat Keselamatan Negara Amerika Syarikat (AS) Jake Sullivan mendakwa lebih banyak rondaan bersama akan dijalankan di Laut China Selatan, menyusul latihan ketenteraan bersama membabitkan AS, Australia, Filipina dan Jepun pada minggu lepas.

Di samping itu, Presiden Filipina Ferdinand Marcos Jr berkata sidang kemuncak AS-Jepun-Filipina yang bakal berlangsung akan membincangkan perjanjian mengenai 'keselamatan dan kebebasan pelayaran di Laut China Selatan'.

Sehubungan itu, Mao menegaskan bahawa tidak pernah wujud masalah berhubung kebebasan pelayaran di Laut China Selatan.

Perairan itu kekal aman dan stabil pada asasnya berkat usaha sama China dan negara-negara ASEAN.

Beliau berkata sesetengah kuasa luar rantau diketuai AS terus-menerus bertindak membentuk 'kumpulan kecil' di Laut China Selatan.

Mereka berniat mencetuskan konfrontasi atas nama kerjasama, menunjuk-nunjukkan kekuatan atas nama keamanan dan membuat kacau atas nama order. Kelakuan seumpama benar-benar amalan hegemoni.

Video

Berita Berkaitan