99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Hubungan ASEAN-China Semakin Baik: Laporan Kumpulan Pemikir Singapura

(CRI)Ahad 07 April 2024

Pusat Pengajian ASEAN Institut Yusof Ishak Singapura mengeluarkan laporan The State of Southeast Asia 2024 pada 2 April lalu. Ini tahun keenam secara berturut-turut pusat tersebut mengeluaran laporan tersebut.

Menurut keputusan tinjauan yang melibatkan 1,994 individu tersebut, China kekal dianggap sebagai negara paling berpengaruh bagi Asia Tenggara dari segi ekonomi dan politik.

Di samping itu, kebanyakan responden percaya bahawa hubungan antara negara Asia Tenggara dan China menuju ke arah kian baik, namun keyakinan mereka terhadap Amerika Syarikat (AS) sebagai rakan strategik dan jaminan keselamatan serantau menurun dengan ketara.

Laporan itu mendapati bahawa bagi Malaysia, Indonesia dan Laos yang memperoleh manfaat daripada inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) anjuran China, negara-negara ini menyaksikan trend yang lebih ketara untuk cenderung kepada China.

Dalam pada itu, cadangan China untuk membina komuniti berkongsi nasib sesama insan turut mendapat pengiktirafan di kalangan rakyat Asia Tenggara.

Antarnaya 31.3 peratus responden percaya bahawa visi China tersebut dapat saling melengkapi dengan usaha ASEAN, manakala 30.1 peratus respondon berpendapat bahawa ia memberi manfaat dan kesan positif kepada Asia Tenggara.

Video

Berita Berkaitan