99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

BFA akan Galak Masyarakat Antarabangsa Tangani Cabaran Bersama - Ahli Ekonomi

(CRI)Selasa 26 Mac 2024

Sidang tahunan Forum Asia Boao (BFA) 2024 dimulakan di Boao, selatan China pada Selasa.

Sebanyak lebih 40 subforum akan diadakan sempema forum yang bertemakan "Asia dan Dunia - Cabaran Bersama, Tanggungjawab Bersama" tahun ini.

Mantan Ketua Ahli Ekonomi Kementerian Perdagangan dan Industri Singapura, yang juga profesor dari Universiti Teknologi Nanyang, Tan Kong Yam ketika ditemu bual Kumpulan Media China (CMG) berpendapat, BFA edisi ini akan menggalakkan masyarakat antarabangsa bersinergi untuk menangani cabaran bersama.

Profesor Tan berkata, Asia yang memiliki ekonomi paling dinamik di dunia buat masa ini, mempunyai daya pembangununan baharu yang amat besar.

Beliau berpendapat bahawa BFA dapat memberikan sumbangan istimewa, antaranya termasuklah menyediakan saluran pembiayaan kepada projek-projek yang mesra alam dalam rangka Inisiatif Jalur & Laluan (BRI), membantu dunia mengatasi halangan politik untuk menanganni krisis iklim, meningkatkan kepentingan inovasi ekonomi digital bagi negara-negara membangun, serta sumbangan China dan negara-negara Selatan Global bagi pembangunan ekonomi dunia.

Profesor Tan menyatakan bahawa anjuran Presiden Xi Jinping untuk mengembangkan kuasa produktif kualiti baharu amat penting dan menetapkan arah pembangunan China yang lebih inklusif dan kaedah pembangunan mampan untuk jangka masa panjang.

Di samping itu, menurut Prof Tan, kenaiktarafan perindustrian juga menjadikan China dan negara Asia Tenggara saling melengkapi dalam sektor ekonomi.

Beliau juga percaya bahawa kenderaan elektrik (EV), bateri litium dan produk fotovoltaik dari China akan memberikan sumbangan besar kepada pelan tindakan iklim global, kelestarian alam sekitar, dan pembangunan ekonomi dunia untuk jangka masa panjang.

Video

Berita Berkaitan