99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

China Tegas Bela Kedaulatan Negara

(CRI)Jumaat 15 Mac 2024

Aktiviti China di Laut China Timur dan Laut China Selatan sama sekali mematuhi undang-undang domestik dan antarabangsa dan tidak boleh difitnah. Amerika Syarikat (AS) datang dari jauh, membentuk kelompok di depan pintu China, menunjukkan kekuatan dan menjalankan provokasi, inilah hegemoni yang benar.

Jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin menyatakan demikian ketika menjawab soalan wartawan tentang Jepun, AS dan Filipina akan mengadakan sidang kemuncak pada April dan mengadakan perbincangan tentang aktiviti China di Laut China Timur dan Laut China Selatan.

Wang berkata, kedaulatan wilayah dan kepentingan maritim China tidak boleh dicabuli. Keazaman China untuk membela hak dan kepentingan diri tidak akan goyah. Jika mana-mana negara mencabul hak dan kepentingan China, negara ini akan bertindak balas tanpa ragu-ragu.

Video

Berita Berkaitan