99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

AS akan Bina Pelabuhan Sementara di Pesisir Pantai Laut Mediterranean

(CRI)Isnin 11 Mac 2024

Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden mengumumkan baru-baru ini bahawa negaranya merancang untuk membina sebuah pelabuhan sementara di pesisir pantai Laut Mediterranean di Genting Gaza, untuk memudahkan penghantaran bantuan kemanusiaan ke Gaza melalui laut. Kenyataan itu segera menimbulkan persoalan pelbagi pihak.

Walaupun kerajaan AS dan Israel mempunyai perselisihan pendapat dalam isu Gaza, tetapi AS terus menghantar senjata ke Israel sejak konflik tercetus pada awal Okt lalu, dan mengganggu Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meluluskan resolusi mengenai gencatan senjata di Gaza.

Biden pada Sabtu memberitahu wartawan bahawa negara itu tidak akan berhenti menghantar senjata kepada Israel.

Oleh itu, langkah Washington yang menggugurkan barang bantuan kemanusiaan di Gaza dipandang sebagai "munafik" dan "tunjuk-tunjuk" saja.

Video

Berita Berkaitan