99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Penjelasan CCG tentang Gerak-geri Perkapalan Filipina di Perairan Terumbu Ren'ai

(CRI)Selasa 05 Mac 2024

Jurucakap China Coast Guard (CCG), Gan Yu menyatakan bahawa Filipina melanggar komitmen yang pernah dibuat diri sendiri dengan sengaja menghantar dua kapal polis maritim dan dua kapal pengangkutan logistik menyerbu secara melulu ke perairan berhampiran terumbu Ren'ai, kepulauan Nansha China hari ini.

Pasukan kapal Filipina tersebut dikesan bertugas menghantar barang kegunaan harian kepada sebuah kapal perang milik negaranya yang sudah uzur yang 'bersarang' di pantai terbabit.

Kemudian, penguatkuasa CCG yang bersemangat kemanusiaan memberi jalan kepada salah sebuah kapal Filipina.

Pada ketika itu, kapal No.4407 polis maritim Filipina bertindak melanggar "peraturan mengelakkan pelanggaran di laut antarabangsa" dengan sengaja menyerbu ke perahu No.21555 milik CCG yang sedang bertugas di perairan terbabit sehingga menyebabkan terjadinya pelanggaran yang ringan. Justeru, yang salah itu pihak Filipina.

Gan menegaskan lagi, pasukan penguatkuasa CCG sentiasa bersiap siaga untuk menghadapi sebarang tindakan provokasi dan melindungi kedaulatan wilayah, hak dan kepentingan negara dalam bidang maritim.

Video

Berita Berkaitan