99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Persidangan Tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan China Dirasmikan

(CRI)Selasa 05 Mac 2024

Sidang ke-2 Kongres Rakyat Kebangsaan China (NPC) ke-14 dirasmikan di Dewan Besar Rakyat Beijing pagi tadi, dihadiri Presiden Xi Jinping dan pemimpin-pemimpin negara yang lain.

Perdana Menteri Li Qiang menyampaikan laporan kerja kerajaan.

Li berkata dalam setahun lalu, ekonomi China pulih dan mengekalkan trend pembangunan yang mapan. Jumlah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) melebihi RMB126 trilion (RM78 trilion), meningkat 5.2 peratus dari tahun ke tahun. Kadar pertumbuhan ini menduduki tempat terdepan dalam entiti ekonomi utama di dunia.

Menurut Li, pada tahun lalu sejumlah 124.4 juta peluang pekerjaan ditawar kepada penduduk di badar dan pekan, dan kadar pengangguran berdaftar di kawasan terbabit mencatat 5.2 peratus. Di samping itu, indeks harga pengguna (IHP) naik 0.2 peratus.

Li berkata bahawa sasaran pembangunan bagi tahun ini adalah KDNK meningkat kira-kira 5 peratus, mempergiat pembinaan sistem perindustrian moden, mempercepat pembangunan daya produktif berkualiti baharu.

Di samping itu, memainkan peranan utama inovasi, mendorong inovasi perindustrian melalui inovasi sains dan teknologi, mempercepat pembinaan industrialisasi baharu, meningkatkan produktiviti elemen komprehensif, membina dan meneroka tenaga penggerak dan keunggulan baharu, mendorong kenaikan produktiviti masyarakat.

Sementara itu, usaha juga akan ditumpukan untuk penambahbaikan dan kenaiktarafan rantaian bekalan dan rantaian perindustrian, membina lebih banyak jenama “buatan China” yang berprestij di arena antarabangsa.

Video

Berita Berkaitan