99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

China Sedia Mantapkan Situasi Sama Menang dengan Sierra Leone

(CRI)Khamis 29 Februari 2024

China bersedia bersama Sierra Leone melaksanakan konsensus yang dicapai pemimpin kedua-dua negara, menyemarakkan persahabatan tradisional dan saling menyokong dalam isu berkaitan kepentingan teras dan keprihatinan utama.

Demikian dinyatakan Perdana Menteri China Li Qiang dalam pertemuan dengan Presiden Sierra Leone Julius Maada Bio di Beijing pada Rabu.

Li menzahirkan hasrat China untuk memperkasa penyelarasan strategi pembangunan dengan Sierra Leone, dan menggerakkan pelaksanaan projek-projek utama.

China juga bersedia memperdalam kerjasama dengan Sierra Leone dalam bidang pertanian, ekonomi dan perdagangan, di samping meningkatkan pertukaran membabitkan belia, pendidikan dan perubatan ke arah memantapkan situasi sama menang antara kedua-dua negara..

Sementara itu, Bio menyatakan pihaknya memandang China sebagai rakan yang boleh dipercayai.

Sierra Leone berpegang pada prinsip satu China dan bersedia memperkasa kerjasama dengan China termasuk dalam pembinaan bersama Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) serta rangka Forum Kerjasama China-Afrika (FOCAC), kata beliau.

Video

Berita Berkaitan