99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Kerlipan Dron, Tinggi di Langit China

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Selasa 06 Februari 2024

Di pekan peranginan purba Shexiang yang terletak di provinsi Guizhou, barat daya China, 500 buah dron yang mengerlip-ngerlip meluncur naik ke udara lalu berturut-turut membentuk corak berupa naga, burung phoenix dan bunga teratai.

Teruja, pelancong mencapai telefon masing-masing untuk mengabadikan pertunjukan yang cukup menakjubkan itu.

Kumpulan dron tersebut disewa oleh syarikat pelancongan tempatan yang bertanggungjawab menguruskan resort berkenaan.

Yuan Yuan, pengerusi syarikat itu, berkata bahawa pertunjukan serupa telah diadakan empat kali pada bulan lepas. Bilangan pelancong mencatat rekod tertinggi iaitu 100,000 ketika kali pertama pertunjukan dibuat, pada 18 Januari.

“Hinggakan gerai kecil menjual sotong barbeku pun mengaut hasil kira-kira 8,000 yuan (anggaran 5,300 ringgit) pada hari itu, lebih 10 kali jumlah biasa,” katanya.

Long Lipin, pengurus syarikat Digital Intelligence Culture yang membuat pertunjukan dron itu, memaklumkan bahawa syarikatnya yang berpangkalan di Guiyang telah mengadakan 12 persembahan sejak Ogos lalu, menjana pendapatan berjumlah 1.55 juta yuan setakat hujung tahun 2023.

Kumpulan dron membentuk corak burung phoenix di udara di pekan peranginan purba Shexiang di kaunti Dafang, provinsi Guizhou, barat daya China, 18 Januari 2024. (Xinhua)

Kumpulan dron membentuk corak burung phoenix di udara di pekan peranginan purba Shexiang di kaunti Dafang, provinsi Guizhou, barat daya China, 18 Januari 2024. (Xinhua)

Daripada sambutan rasmi seperti majlis pembukaan Sukan Asia Hangzhou hinggalah aktiviti promosi komersial, parti hari jadi dan lamaran perkahwinan, kepopularan pertunjukan dron meningkat ketara di China, terbukti dengan saiz pasaran yang terus meluas pada tahun-tahun kebelakangan ini.

Menurut Lu Lingyue, pengurus besar bagi sebuah syarikat pertunjukan dron yang terkemuka di provinsi Jiangxi, timur China, syarikatnya telah mengatur sebanyak 175 persembahan pada tahun 2023. Angka ini sekali ganda lebih banyak berbanding tahun sebelumnya, dan persembahan yang diadakan pula bertempat di lebih 100 bandar di dalam dan luar negara.

“Bukan lagi sekadar memenuhi permintaan pihak universiti dan pelanggan korporat untuk acara seperti ulang tahun penubuhan (organisasi mereka), kami juga semakin banyak menerima klien individu yang mahu membuat sambutan peribadi seperti parti hari jadi dan lamaran perkahwinan,” ujar Lu.

Tambahnya lagi, ada juga peminat tegar yang menyewa khidmat dron sebagai cara unik untuk mengekspresikan perasaan terhadap idola mereka.

Foto yang diambil pada 20 Januari 2024 ini menunjukkan kumpulan dron yang sedia meluncur ke udara untuk pertunjukan di pekan peranginan purba Shexiang di kaunti Dafang, provinsi Guizhou, barat daya China. (Xinhua)

Foto yang diambil pada 20 Januari 2024 ini menunjukkan kumpulan dron yang sedia meluncur ke udara untuk pertunjukan di pekan peranginan purba Shexiang di kaunti Dafang, provinsi Guizhou, barat daya China. (Xinhua)

Pada 5 Oktober 2023, peminat penyanyi China Tan Jianci mengadakan pertunjukan menggunakan 500 unit dron bagi menyambut hari jadi selebriti itu di Hengdian, provinsi Zhejiang. Persembahan tersebut menarik kehadiran ramai penonton, termasuk Tan sendiri.

Kumpulan dron menayangkan ucapan seperti “Selamat Hari Jadi, Tan Jianci” dan juga paparan visual lain termasuk imej seorang jejaka yang sedang asyik menyanyi dengan mikrofon, yang dapat dilihat menerusi beberapa banyak rakaman video yang dimuat naik ke laman blog mikro Weibo.com.

Di Douyin, versi China aplikasi TikTok, carian mengenai “lamaran perkahwinan menggunakan dron” membuahkan lebih 1,000 video pendek, antaranya ada yang sudah mendapat lebih sejuta tanda suka.

Pertunjukan dron yang dipersembahkan sempena ulang tahun ke-74 penubuhan Republik Rakyat China, di Nanchang, provinsi Jiangxi, timur China, 1 Oktober 2023. (Xinhua)

Pertunjukan dron yang dipersembahkan sempena ulang tahun ke-74 penubuhan Republik Rakyat China, di Nanchang, provinsi Jiangxi, timur China, 1 Oktober 2023. (Xinhua)

Persidangan Kerja Ekonomi Pusat yang berlangsung pada Disember 2023 telah menyeru supaya memupuk industri-industri baru muncul yang bersifat strategik termasuk yang dipanggil ekonomi altitud rendah.

Lu berkata, kerajaan China sedang aktif menggalakkan pembangunan sektor ekonomi altitud rendah dan telah memperkenalkan beberapa peraturan berkaitan, misalnya yang membabitkan UAV, yang telah menyumbang kepada perkembangan industri secara teratur dan sistematik.

“Kami menjangka saiz pasaran akan mencecah sekurang-kurangnya 4.5 bilion yuan pada 2024.

Video

Berita Berkaitan