99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Xi, Trong Saling Zahir Ucapan Selamat Menyambut TBC

(CRI)Ahad 04 Februari 2024

Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China Xi Jinping dan Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam Nguyen Phu Trong saling menzahirkan ucapan selamat menyambut Tahun Baharu Cina (TBC), hari ini.

Xi yang juga Presiden China, menyifatkan tahun 2023 amat besar maknanya dalam hubungan China-Vietnam.

Sempena sambutan 15 tahun perkongsian strategik komprehensif, beliau melakukan kunjungan ke Vietnam dan bersama Trong mengumumkan pembinaan komuniti berkongsi nasib China-Vietnam yang berkepentingan strategik.

Ia membuka lembaran baharu dalam perkembangan hubungan sesama Parti serta kedua-dua negara, sekali gus memaparkan iltizam Beijing dan Hanoi untuk mengukuhkan perpaduan dan kolaborasi dan terus maju ke hadapan, kata Xi menerusi surat kepada Trong.

Xi turut menyatakan kesediaan mengekalkan perhubungan rapat dengan Trong dan membimbing kedua-dua pihak memantapkan orientasi baharu hubungan dua hala, di samping menggerakkan pertukaran dan kerjasama dijalankan pada tahap tinggi membabitkan segenap bidang di semua peringkat menerusi pelbagai saluran.

Hasil daripada satu demi satu praktik, usaha membina komuniti berkongsi nasib China-Vietnam akan terus berputik, sekali gus menyuntik penggerak baharu kepada modenisasi dua negara, membekalkan tenaga positif untuk kemakmuran Asia Pasifik dan menyumbang kepada kemajuan umat manusia.

Dalam pada itu, Trong meluahkan hasrat ingin bersama Xi untuk terus membimbing kerja pelaksanaan konsensus dan persetujuan penting yang dicapai pihak atasan semasa Xi melawat Vietnam.

Menurut beliau, perkara itu adalah kondusif kepada perkembangan hubungan sesama Parti dan dua negara, selaras dengan kepentingan rakyat, dan menyumbang kepada keamanan, kestabilan, kerjasama dan pembangunan serantau malah dunia.

Video

Berita Berkaitan