99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Li Qiang: Pilih Pasaran China Tidak Bawa Risiko Sebaliknya Peluang

(CRI)Rabu 17 Januari 2024

China, negara mementingkan komitmen. Memilih pasaran China tidak membawa risiko, sebaliknya peluang.

Demikian dinyatakan oleh Perdana Menteri China, Li Qiang dalam ucapan khas disampaikan ketika menghadiri sidang tahunan 2024 Forum Ekonomi Dunia (WEF) yang membuka tirai di Davos, Switzerland semalam waktu tempatan.

Berkisar pada pembinaan semula amanah, peningkatan kerjasama dan pemulihan ekonomi dunia, Li mengemukakan lima cadangan. Pertama, meningkatkan penyelarasan dalam pelaksanaan dasar ekonomi makro supaya dapat menjana impak sosial di pentas dunia bagi memacu pertumbuhan ekonomi. Kedua, meningkatkan kerjasama antara industri dalam senario global, mendorong perdagangan dan pelaburan berkembang ke arah yang lebih bebas dan mudah, melindungi kestabilan dan kelancaran rantai perindustrian dan pembekalan global. Ketiga, merancakkan interaksi dan kerjasama sains dan teknologi antarabangsa supaya dapat membawa manfaat kepada umat manusia melalui pembaharuan dan revolusi teknologi. Keempat, mempergiat kerjasama pembangunan hijau di samping menghadapi perubahan iklim global secara aktif. Kelima, meningkatkan kerjasama Selatan-Utara dan Selatan-Selatan demi pembinaan ekonomi dunia yang inklusif.

Li menekankan bahawa pintu China akan dibuka secara semakin besar. China secara ikhlas mengalu-alukan syarikat pelbagai negara untuk terus melabur di negara ini, dan berikrar akan bertindak konsisten memartabatkan penguatkuasaan undang-undang dalam menyempurnakan persekitaran urus niaga yang bertaraf dunia yang berorientasikan pasaran.

Video

Berita Berkaitan