99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Demam Sukan Ketara di Seluruh China

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Rabu 03 Januari 2024

Pada tahun 2023, komitmen China terhadap kecergasan rakyat serata negara menyaksikan pertumbuhan luar biasa yang penuh dengan tenaga dan potensi.

Secara tidak langsung, lonjakan tersebut telah mengubah landskap sukan sebagai sebahagian penting dalam kehidupan seharian rakyat, iaitu selari dengan usaha untuk menjadikan China negara bersukan yang kuat.

Kaunti Rongjiang menentang Daerah Autonomi Tibet Guoluo dalam kejuaraan "Liga Super Kampung" di Rongjiang, provinsi Guizhou, barat daya China, 23 Jun 2023. (Xinhua/Yang Wenbin)

Kaunti Rongjiang menentang Daerah Autonomi Tibet Guoluo dalam kejuaraan "Liga Super Kampung" di Rongjiang, provinsi Guizhou, barat daya China, 23 Jun 2023. (Xinhua/Yang Wenbin)

SUKAN AKAR UMBI MAJU

Liga Super Kampung China, atau lebih masyhur dikenali sebagai "Cun Chao" dalam kalangan warganet China, telah menjadi contoh pembangunan negara dalam sukan peringkat akar umbi, seterusnya memangkin gelombang aktiviti sukan awam. Dimulakan di kaunti Rongjiang, provinsi Guizhou di barat daya China, liga bola sepak tersebut telah mendapat pujian di seluruh negara dan pengaruhnya kini dilihat telah meluas.

"Cun Chao" yang berjaya memikat jutaan sama ada secara fizikal atau dalam talian, telah muncul sebagai sukan yang tular, sekali gus membawa kegembiraan dan keterujaan kepada masyarakat tempatan.

Difahamkan, liga tersebut turut berganding bahu dengan Liga Perdana Inggeris. Kerjasama antara dua liga yang berbeza tahapnya telah dilancarkan di Rongjiang pada 12 Disember, dengan program latihan turut disediakan untuk jurulatih tempatan.

Ketua kaunti Rongjiang, Xu Bo berpendapat bahawa "Cun Chao" berperanan sebagai pintu masuk untuk memperkenalkan dunia kepada Guizhou dan memperlihatkan keterujaan bola sepak peringkat akar umbi.

Liga Perdana England melancarkan projek untuk membantu melatih jurulatih bola sepak tempatan di tempat kelahiran Liga Super Kampung China, 12 Disember 2023. (Xinhua/Liu Xu)

Liga Perdana England melancarkan projek untuk membantu melatih jurulatih bola sepak tempatan di tempat kelahiran Liga Super Kampung China, 12 Disember 2023. (Xinhua/Liu Xu)

Semangat untuk bola sepak tidak terhad kepada Guizhou. "Piala Atushi", kejohanan tempatan yang diadakan di bandar Atushi, Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang, barat laut China pada November turut menarik ribuan penonton, dengan lebih sejuta menonton dalam talian.

Populariti "Cun Chao" dan acara sukan peringkat akar umbi lain telah memainkan peranan penting dalam mempromosikan kempen kecergasan kebangsaan di seluruh China pada tahun 2023.

Penduduk kampung melakukan persembahan sebelum perlawanan Liga Super Kampung di kaunti Rongjiang, 17 Jun 2023. (Xinhua/Yang Wenbin)

Penduduk kampung melakukan persembahan sebelum perlawanan Liga Super Kampung di kaunti Rongjiang, 17 Jun 2023. (Xinhua/Yang Wenbin)

Ding Dong, seorang pegawai dari Pentadbiran Am Sukan Negara China menyatakan bahawa keghairahan terhadap aktiviti yang dipacu komuniti tersebut telah mencerminkan minat orang ramai yang mendalam terhadap sukan.

"Kami menggalakkan tempat yang berbeza menganjurkan acara sukan yang penuh tenaga, berkepelbagaian dan unik untuk masyarakat," katanya.

Bagi pemerhati, rata-rata berpendapat bahawa perkembangan dalam sukan peringkat akar umbi sepanjang 2023 menandakan peralihan besar dalam budaya sukan China dengan disokong oleh penyertaan secara besar-besaran oleh masyarakat serta kesedaran mengenai kecergasan.

MENUJU KE ARAH MASYARKAT SIHAT

Pada 2023, China menyaksikan kebangkitan semula dalam acara larian jalan raya, sementara program maraton di bandar-bandar utama turut menjadi sensasi. Trend ini dijangka berterusan pada tahun ini apabila program maraton Xiamen pada pembukaan tahun mencatatkan rekod lebih 130,000 penyertaan.

Selain daripada larian jalan raya, acara seperti mendaki, berbasikal dan larian rentas desa juga telah terbukti berjaya menambat perhatian orang ramai.

Dengan etos "bersenam membawa kepada kesihatan" mendapat pengiktirafan meluas, sukan berjaya berintegrasi dengan kehidupan seharian masyarakat di China. Lebih 190 acara telah dilancarkan dalam talian pada awal Disember 2023, melibatkan lebih 15.55 juta peserta.

Pelari bersaing dalam Marathon Chengdu 2023 di barat daya provinsi Sichuan, China, 29 Oktober 2023. (Xinhua/Shen Bohan)

Pelari bersaing dalam Marathon Chengdu 2023 di barat daya provinsi Sichuan, China, 29 Oktober 2023. (Xinhua/Shen Bohan)

KEBANGKITAN SUKAN MUSIM SEJUK

Tahun 2023 juga menyaksikan perubahan ketara dalam pilihan sukan bermusim, dengan sukan musim sejuk seperti ski dan luncur papan salji semakin mendapat perhatian. Pengaruh Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022 terus berpanjangan, dan mengubah aktiviti yang dahulunya terhad kepada hobi yang popular.

Aliran carian pada pelbagai platform menunjukkan lonjakan yang ketara dalam pertanyaan yang berkaitan dengan ski dan jualan tiket resort ski.

Beberapa venue Olimpik telah menjadi hab untuk kedua-dua acara sukan peringkat tinggi antarabangsa dan kebangsaan, mencetuskan minat orang ramai yang semakin meningkat terhadap sukan musim sejuk.

National Speed Skating Oval, dikenali sebagai Riben Ais, telah menerima lebih 500,000 pengunjung sejak dibuka kepada orang ramai pada Julai 2022.

"Kemudahan dan kepakaran daripada Sukan Olimpik Musim Sejuk bukan sahaja memperkaya sukan musim sejuk, tetapi juga mengubahnya menjadi industri yang berkembang maju," ujar Chen Jie, timbalan pengarah Biro Sukan Perbandaran Beijing.

Xinjiang telah muncul sebagai destinasi popular untuk peminat sukan musim sejuk, dengan 188 kemudahan sukan musim sejuk, termasuk 101 pusat peranginan ski, di 14 kawasan dan bandar.

Peningkatan populariti sukan musim sejuk adalah bukti usaha gigih China terhadap kecergasan dan rekreasi, selain turut menandakan peralihan ke arah bentuk aktiviti fizikal yang lebih pelbagai dan menarik.

Orang ramai seronok meluncur di National Speed Skating Oval di Beijing, 30 Januari 2023. (Xinhua/Ju Huanzong)

Orang ramai seronok meluncur di National Speed Skating Oval di Beijing, 30 Januari 2023. (Xinhua/Ju Huanzong)

Video

Berita Berkaitan