99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

China Gariskan Hala Tuju untuk Diplomasi Masa Kelak

(CRI)Jumaat 29 Disember 2023

Mesyuarat Kerja Hal Ehwal Luar Pusat China telah diadakan di Beijing pada 27 hingga 28 Disember, diserikan dengan kehadiran Presiden Xi Jinping yang turut membuat rumusan terhadap pencapaian dan pengalaman China dalam bidang diplomasi pada sedekad lalu dan menggariskan hala tuju untuk suatu tempoh pada masa depan.

Ditegaskan dalam mesyuarat tersebut bahawa membentuk komuniti berkongsi nasib sesama insan merupakan konsep teras fikiran Xi Jinping dalam bidang diplomasi dan juga matlamat mulia yang diperjuangkan China pada era baharu.

Sehubungan itu, Xi mengemukakan dua pendekatan, iaitu multipolarisasi yang teratur dan globalisasi ekonomi yang inklusif.

Secara konkrit, multipolarisasi teratur bermaksud mempertahankan kesamarataan antara negara besar dan kecil, menentang amalan hegemoni dan politik kuasa besar, dan menambah warna demokratik dalam hubungan antarabangsa.

Sementara itu, globalisasi ekonomi yang inklusif merujuk kepada usaha memenuhi permintaan negara-negara membangun, menangani masalah pembangunan tidak seimbang antara dan dalam pelbagai negara akibat penggunaan sumber tenaga yang berlainan dalam senario global, menentang amalan unilateralisme dan perlindungan perdagangan, memacu perdagangan dan pelaburan berkembang ke arah yang bebas dan mudah, di samping mengatasi masalah-masalah yang menghalang perkembangan ekonomi sejagat dari segi institusi.

Video

Berita Berkaitan