99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Mesyuarat Pusat Gariskan Kerja Hal Ehwal Luar

(CRI)Jumaat 29 Disember 2023
Mesyuarat Pusat Gariskan Kerja Hal Ehwal Luar

Mesyuarat Pusat mengenai Kerja Hal Ehwal Luar China diadakan di Beijing pada 27 hingga 28 Dis. Presiden China Xi Jinping menghadiri mesyuarat itu dan menyampaikan ucapan penting.

Xi dalam ucapannya menyimpulkan pencapaian bersejarah dan pengalaman bernilai diplomasi negara besar yang bercirikan China pada era baharu, memperincikan persekitaran antarabangsa dan misi bersejarah kerja luar dalam perjalanan baharu, di samping merencanakan kerja luar negeri bagi masa ini dan masa akan datang.

Dalam mesyuarat itu ditekankan bahawa pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama insan merupakan inti pati Fikiran Xi Jinping dalam Diplomasi. Ia juga jawapan China bagi persoalan membina dunia apa dan kaedah membinanya, berdasarkan pemahaman mendalam China terhadap hukum pengembangan masyarakat manusia.

Pendek kata, pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama insan adalah demi membina dunia yang aman, selamat, makmur bersama, terbuka, inklusif, bersih dan indah. Ia akan dilaksanakan melalui tadbir urus global yang bermuafakat, membina bersama dan berkongsi manfaat, berpandukan nilai bersama umat manusia, berasaskan pembinaan hubungan antarabangsa baharu, dan di bawah bimbingan Inisiatif Pembangunan Global (GDI), Inisiatif Keselamatan Global (GSI) dan Inisiatif Peradaban Global (GCI), mengambil kerjasama bertaraf tingi Jalur dan Laluan sebagai platform, dan menggalakkan masyarakat antarabangsa agar berganding bahu menempuh cabaran dan mewujudkan kemakmuran bersama, bersinergi untuk mencipta masa depan yang damai, selamat, makmur dan maju untuk dunia.

Video

Berita Berkaitan