99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Edisi Indonesia, Thai “Gendang Gangsa China-Asia Tenggara” Dilancar

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Jumaat 22 Disember 2023

Majlis pelancaran. (China News Agency/Yang Chen)

Majlis pelancaran. (China News Agency/Yang Chen)

Majlis pelancaran siri buku “Gendang Gangsa China-Asia Tenggara” edisi Indonesia dan Thailand diadakan di Nanning, Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi pada 21 Disember.

Gendang gangsa dapat dijumpai di mana-mana sahaja di selatan China, begitu juga di kebanyakan negara Asia Tenggara termasuk Vietnam, Laos, Kemboja, Myanmar, Thailand, Malaysia, Singapura dan Indonesia. Objek ini membawa dan menyimpan unsur-unsur budaya seperti kepercayaan agama, adat resam, cita-cita dan nilai-nilai estetik yang menjadi teras hidup etnik-etnik tempatan.

Siri buku “Gendang Gangsa China-Asia Tenggara” mengandungi 10 jilid, kesemuanya dihimpunkan oleh pasukan penyelidik menerusi penggambaran di enam negara ASEAN. Koleksi tersebut dianggap sumber bahan langsung yang paling berwibawa dan paling berharga dalam mengkaji gendang-gendang gangsa yang ada di China dan Asia Tenggara.

Edisi Indonesia dan Thailand yang dilancarkan kali ini disusun berdasarkan gambar, yang diiringi penjelasan dalam bentuk teks. Selain menonjolkan rupa dan ciri-ciri pelbagai gendang gangsa yang ditemui di Indonesia dan Thailand, maklumat komprehensif yang tersedia turut memperkenalkan ritual dan adat resam berbagai-bagai kelompok etnik yang menggunakan gendang gangsa.

Faktor yang membolehkan budaya gendang gangsa, sesuatu yang sudah diperturunkan selama beribu-ribu tahun, berkekalan malahan berkembang subur hingga ke hari ini adalah pertukaran dan saling belajar yang berlaku antara pelbagai kumpulan etnik. Sejarah pertukaran dan saling belajar ini telah mengikat China dan Asia Tenggara dalam jalinan yang rapat, sekali gus membuka jalan kepada integrasi melalui interaksi yang berterusan. Lebih daripada sekadar pemaparan hubungan China dan Asia Tenggara dari sudut sejarah, pertalian ini juga menjadi asas kepada pembangunan Jalur dan Laluan serta komuniti berkongsi nasib China-ASEAN.

Video

Berita Berkaitan