99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Dasar Bebas Visa Baharu China Dapat Pujian Masyarakat Antarabangsa

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Jumaat 22 Disember 2023

Seorang pempamer menjual produk pembersihan dapur dari Itali melalui penstriman langsung di Ekspo Import Antarabangsa China keenam di Shanghai, 7 November 2023. (People's Daily Online/Weng Qiyu)

Seorang pempamer menjual produk pembersihan dapur dari Itali melalui penstriman langsung di Ekspo Import Antarabangsa China keenam di Shanghai, 7 November 2023. (People's Daily Online/Weng Qiyu)

Bermula dari 1 Disember lalu, China melaksanakan dasar bebas visa unilateral untuk pemegang pasport biasa dari Perancis, Jerman, Itali, Belanda, Sepanyol dan Malaysia secara percubaan bagi meningkatkan lagi pertukaran antara rakyat, pembangunan berkualiti tinggi dan keterbukaan peringkat tinggi.

Menurut Pentadbiran Imigresen Negara, jumlah individu yang direkodkan memasuki China dari keenam-enam buah negara itu terus meningkat.

Difahamkan, sejumlah 59,600 kemasukan individu dari enam negara direkodkan dalam 10 hari pertama selepas dasar bebas visa berkuat kuasa, dengan purata harian meningkat 42.07 peratus berbanding 30 November. Antaranya, 26,300 individu direkodkan sebagai bebas visa, iaitu kira-kira 44.14 peratus daripada jumlah keseluruhan.

Bagi pelancong dari kesemua negara terlibat, mereka bersependapat bahawa dasar tersebut juga memberi faedah ketara dalam memudahkan kerjasama ekonomi dan perdagangan, menggalakkan pelancongan serta meningkatkan pertukaran antara rakyat.

"Ini berita yang sangat baik," kata Schmidt, pengedar barangan sukan dari Bavaria, Jerman, di ISPO Munich, iaitu pameran perdagangan sukan antarabangsa terkemuka yang diadakan baru-baru ini.

Schmidt turut menyatakan bahawa beliau kerap melawat China untuk menghadiri pameran perdagangan, dan sebelum ini pemohonan visa akan memakan sedikit masa dan memerlukan beberapa proses.

"Dengan pelaksanaan dasar bebas visa baharu China, lebih mudah untuk kami menyertai pameran dan melawat pelanggan di China," kata Schmidt kepada People's Daily.

Apa yang Schmidt rasakan agak tipikal dalam komuniti perniagaan Eropah.

Senada dengan Schmidt, Presiden Yayasan Majlis China Itali, Mario Boselli yang baru-baru ini menghadiri Ekspo Import Antarabangsa China keenam di Shanghai, menyatakan bahawa dasar bebas visa baharu menunjukkan bahawa pintu China dibuka lebih luas.

Beliau menegaskan bahawa kedua-dua usahawan Itali dan China harus merebut peluang, meningkatkan komunikasi dan dialog, dan mencapai kerjasama menang-menang.

"Ini jelas merupakan langkah bermanfaat yang memberikan kemudahan yang besar kepada individu dari negara yang berkaitan untuk melibatkan diri dalam perniagaan, pelancongan dan lawatan keluarga di China.

“Ia turut mencerminkan keazaman dan keyakinan China dalam menjunjung pembaharuan dan keterbukaan," kata Huang Yue, Presiden Majlis China untuk Penggalakan Penyatuan Semula Negara secara Aman di Belanda.

Menurut Huang, dasar bebas visa China telah menarik perhatian meluas di Belanda dan turut menjadi topik hangat dalam perbualan di platform media sosial.

Dalam perkembangan lain, tahun depan genap 50 tahun penubuhan hubungan diplomatik antara China dan Malaysia. Sejurus selepas China mengumumkan peluasan dasar transit bebas visanya, Malaysia juga menawarkan perjalanan tanpa visa kepada warganegara China.

Pada 1 Disember, sejumlah 1,113 kemasukan tanpa visa ke China telah dibuat oleh warganegara Malaysia, paling banyak antara enam negara pada hari itu.

Presiden Persatuan Peranakan Baba Nyonya Malaysia, Ronald Gan Yong Hoe berkata, dasar ini banyak memberi manfaat kepada perusahaan kecil dan sederhana Malaysia dengan mengurangkan kos ekonomi dan masa permohonan visa.

Katanya, dasar itu juga akan menggalakkan pertukaran perniagaan dan kerjasama perdagangan.

Memetik laporan akhbar Switzerland Neue Zurcher Zeitung, dasar bebas visa unilateral China untuk enam negara menunjukkan sikap terbuka China, yang patut diberi penghargaan. Akhbar Itali La Repubblica pula dipetik sebagai berkata bahawa pengendali perniagaan Eropah secara meluas mengalu-alukan dasar baharu ini.

Negara-negara Eropah merupakan sumber pelancong asing yang penting bagi China.

Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan China, negara Jerman, Perancis dan Itali semuanya disenaraikan dalam 20 sumber utama pelancong antarabangsa untuk China pada 2019.

Liu Guosheng, pengurus besar sebuah agensi pelancongan terkenal di Jerman yang mengendalikan pelancongan ke China, memberitahu People's Daily bahawa pengumuman China mengenai dasar bebas visa telah mencetuskan perhatian dalam industri pelancongan Jerman.

“Dasar ini tidak pernah ada sebelum ini dan secara berkesan akan meningkatkan semangat warga Jerman untuk melancong ke China,” kata Liu.

Pada masa ini, terdapat peningkatan yang ketara dalam pertanyaan dan tempahan yang berkaitan, dengan beberapa kumpulan pelancongan merancang untuk melawat China.

Qi Xiaoyu, timbalan ketua Persatuan Chinoise des Agences de Voyages en France, menyatakan bahawa sejak pengumuman dasar bebas visa, agensi pelancongan di Perancis telah menyaksikan peningkatan ketara dalam pertanyaan.

“Ramai orang segera menempah penerbangan ke China untuk perjalanan pantas,” tambahnya lagi.

Warganet di Perancis turut memberikan ulasan dan berkongsi berita baik ini di platform media sosial dengan sebahagian daripada mereka menzahirkan keterujaan masing-masing untuk melawat Tembok Besar tidak lama lagi.

Penulis dan perunding pelaburan Sepanyol Julio Ceballos, yang telah menetap dan bekerja di China selama 17 tahun berkata, dasar baharu yang telah disambut baik oleh ahli perniagaan dan penggiat industri pelancongan itu akan mempergiat pelancongan ke China, memudahkan pertukaran antara rakyat, meningkatkan kerjasama perniagaan, dan mengembangkan pertukaran budaya.

"Pengecualian visa timbal balik adalah hadiah berharga meraikan ulang tahun ke-50 penubuhan hubungan diplomatik antara Malaysia dan China, dan ia akan membawa kemudahan yang besar kepada rakyat kedua-dua negara," kata Ronald Gan Yong Hoe.

Beliau seterusnya menyatakan bahawa dasar ini akan menyediakan laluan yang lebih mudah dan meluas untuk pertukaran budaya dan rakyat dengan rakyat, membantu mengukuhkan kepercayaan dan persefahaman antara kedua-dua rakyat, dan membina hubungan Malaysia-China yang lebih rapat.

Video

Berita Berkaitan