- Lain-lain
Tinjauan Xi di Guangxi Tumpu kepada Kerjasama China-ASEAN
Setelah mengakhiri lawatan rasmi ke Vietnam, Presiden China, Xi Jinping mengadakan tinjauan ke wilayah Guangxi yang bersempadan dengan negara ASEAN melalui darat dan laut.
ASEAN merupakan satu keutamaan dalam diplomasi kejiranan China dan pembangunan berkualiti tinggi di bawah Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) sejak sekian lama. Pada 11 bulan pertama tahun ini, jumlah perdagangan China-ASEAN mencatat RMB5.8 trilion (RM3.8 trilion), yang mewakili 15.3% keseluruhan perdagangan luar China.
Seiring dengan penaiktarafan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN (CAFTA), pertukaran dan kerjasama antara wilayah Guangxi dengan ASEAN bertambah erat. Pada Januari hingga Julai tahun 2023, jumlah import eksport Guangxi melibatkan ASEAN mencecah RMB188.08 bilion (RM123.59 bilion), meningkat 71.6% berbanding tempoh yang sama tahun lepas.
"Guangxi diharap terus meningkatkan tahap keterbukaan, mengoptimumkan kelebihan geografi milik sendiri di pesisir laut dan tebing sungai, mengembangkan ekonomi laut serta industri pelabuhan, membentuk sistem ekonomi terbuka yang lebih dinamik. Sementara itu, Guangxi perlu giat menyediakan perkhidmatan kepada usaha membentuk komuniti berkongsi nasib China-ASEAN, memperhalusi kerjasama bilateral dalam perdagangan, perburuhan, industri, sains dan teknologi dan pendidikan," tegas Xi dalam tinjauannya di Guangxi.
- Forum Kerjasama Pengurusan Kecemasan China-ASEAN 2023 Dirasmikan di Nanning
- Persidangan China-ASEAN mengenai Kesihatan Fizikal Rakyat
- Kedudukan Unik Hong Kong Beri Nilai Tambah kepada ASEAN
- China dan ASEAN Intensifkan Kerjasama Sektor Sumber Tenaga Bersih
- Kerjasama Ekonomi dan Perdagangan China-ASEAN Bertambah Baik dan Dinaik Taraf
- Kerjasama ASEAN-China Kondusif bagi Peningkatan Kesejahteraan Rakyat
- Nanning Jadi Tuan Rumah Pameran Pendidikan Vokasional China-ASEAN
- Nanning Tuan Rumah Forum Kerjasama Alam Sekitar China-ASEAN 2023
- Minggu Pertukaran Pendidikan China-ASEAN Bermula
- Pusat Perdagangan Buah-buahan China-ASEAN Dirasmikan di Qinzhou