99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Tingkat Keupayaan Kuat Kuasa Undang-undang di Laut: Xi

(CRI)Jumaat 01 Disember 2023

Presiden Xi Jinping membuat tinjauan ke pejabat perintah kawasan Laut China Timur Pengawal Pantai China di bawah Angkatan Polis Bersenjata Rakyat (PAPF) pada Rabu.

Xi yang juga Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) dan Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat, menegaskan perlunya melaksanakan penguatkuasaan undang-undang secara berkesan demi memelihara kedaulatan wilayah dan kepentingan maritim negara.

Beliau menuntut usaha dilakukan untuk menambah baik mekanisme penyelarasan berhubung penguatkuasaan undang-undang maritim, membanteras kegiatan jenayah di laut dan memelihara perkembangan sihat ekonomi marin.

Beliau turut memberi penekanan tentang usaha menjalankan pertukaran dan kerjasama antarabangsa melibatkan penguatkuasaan undang-undang di laut secara pragmatik, di samping aktif menyertai tadbir urus maritim antarabangsa dan serantau.

Video

Berita Berkaitan